Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membataskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
restriction enzymeenzim pembatasanFarmasiBioteknologi FarmasiEnzim daripada bakteria yang boleh mencerna dan membataskan bebenang DNA. Dalam bakteria, enzim ini merupakan mekanisme pertahanan diri terhadap serangan virus. Enzim ini digunakan secara meluas dalam teknologi rekombinan DNA. Terdapat dua jenis atau kelas enzim pembatasan, iaitu: i. Jenis I, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada kedudukan rawak. ii. Jenis II, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada jujukan DNA spesifik dan menghasilkan DNA dengan hujung DNA bersimetri, sama ada hujung tumpul atau hujung jeleket.
constrainkekangMekanikGunaanMembataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang.
delimitationpersempadananSejarahTiadaPerihal membataskan atau mengehadkan sempadan antara dua negara yang bersengketa.
constraintpengekangMekanikGunaanSokong yang membataskan gerakan pada suatu arah tertentu.
condition (verb)sesuaikan;; perkembangan (politik)SejarahTiadaPerbuatan membataskan dan menyesuaikan sesuatu hal berdasarkan perkembangan pada masa itu.
curfewperintah berkurungSejarahTiadaPeraturan atau undang-undang yang membataskan pergerakan orang awam mengikut tempat, masa dan keperluan tertentu biasanya waktu darurat.
زواج المتعةperkahwinan mut‘ahAgama IslamFiqhPerkahwinan yang membataskan masa yang tertentu.
curfewperintah berkurungUndang-undangTiadaPeraturan atau undang-undang yang membataskan pergerakan orang awam mengikut tempat, masa dan keperluan tertentu biasanya waktu darurat.
‘awarid ahliyyahhalangan kelayakanPerniagaan IslamTiadaKeadaan individu yang hilang atau terjejas keupayaan sehingga membataskan kemampuan untuk berurus niaga. Halangan tersebut adalah seperti hilang akal, pengsan, tidur atau mabuk. Manakala keadaan yang boleh menyebabkan kurang kelayakan pula ialah dungu, berpenyakit atau meninggal dunia.
centrifugal forcedaya emparMekanikGunaanDaya tindak balas yang dikenakan oleh jasad pada pengekang yang membataskan gerakannya dalam suatu laluan membulat atau laluan yang merupakan lengkok sebuah bulatan. Misalnya, jika tegangan dalam seutas tali menyebabkan sesuatu jasad bergerak dalam suatu bulatan pada satah yang mengandungi tali itu, maka daya yang dikenakan oleh jasad pada tali tersebut ialah daya empar. Daya empar sentiasa mengarah keluar dari pusat kelengkungan laluan berkenaan dan, dalam kes tersebut, berlawanan hala dengan tegangan tali yang bertindak pada jasad yang berputar itu. Istilah daya empar kerap digunakan untuk memerihalkan daya sifatekun (iaitu daya khayali dalam prinsip d’Alembert) yang bertindak pada jasad yang bergerak dalam laluan membulat. Bandingkan daya memusat.
12

Kembali ke atas