Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ti/] | ممباتيق

Definisi : membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ti/] | ممباتيق

Definisi : membuat (corak) batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membatik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stensil-lilinstensil-lilinKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan stensil dan sarang, diikuti dengan proses mati warna, sebelum dibasuh dan dijemur. Mula-mula kain dicap dengan stensil, bilangannya bergantung pada corak dan warna, kemudian dimatiwarnakannya dengan mengukusnya di dalam kukus. Sesudah dikeringkan, proses membatik akan diteruskan dengan proses pukul lilin, yang dimulai dengan memukul tutup bunga pada bunga corak yang sudah dicap dengan stensil. Sesudah itu, jika diperlukan, dipukul rintik, diikuti dengan celup warna (biasanya warna coklat), mati warna, kincah, rebus dan akhirnya dijemur. Kain yang dihasilkan disebut sebagai batik stensil-lilin. blok-stensil.
stensil-siapstensil-siapKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan blok stensil. Mula-mula kain yang dibentangkan pada meja stensil, dicap dengan blok stensil beberapa kali bergantung pada corak dan warna yang diperlukan, biasanya empat warna, kemudian dimatiwarnakan dengan mengukusnya, dan dikincah dan akhirnya dijemur. Kain yang diperoleh disebut sebagai batik stensil-siap.
blok-contengblok-contengKesenianSeni BatikProses membatik dengan memukulkan sarang dan mencontengkan warna atau motif tertentu. Mula-mula kain yang hendak dibatik, diconteng dengan warna atau dilukiskan dengan motif tertentu, kemudian dipukul sebelum dicelup di dalam larutan warna, dibilas dengan air biasa, kemudian dirancang dan dicelup semula dengan warna kuning dan dibilas dengan air biasa, sebelum direbus dan akhirnya dijemur.
blok-lilinblok-lilinKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus.
campuran lilincampuran lilinKesenianSeni BatikBahan membatik yang terdiri daripada lilin putih (parafin), damar (resin), lilin lebah, minyak kelapa dan lemak binatang yang akan dicantingkan atau dipukulkan pada kain dan bertindak sebagai tahan warna, gondorukem, soka.
meja pukulmeja pukulKesenianSeni BatikMeja membatik yang permukaannya dilapisi dengan sekam padi, kain guni kemudian kelopak pisang yang dapat menyejukkan lilin yang dipukul. meja terap.
meja stensilmeja stensilKesenianSeni BatikMeja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki yang digunakan sebagai alas kain yang hendak dicap dengan blok stensil.
meja tulis stensilmeja tulis stensilKesenianSeni BatikMeja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) yang mempunyai cahaya di bahagian bawahnya dan digunakan sebagai tempat untuk melukis corak pada stensil yang akan dijadikan blok-stensil.
contengcontengKesenianSeni BatikProses mewarnakan bahagian kain yang tidak berlilin dengan menggunakan berus atau rotan yang dilakukan sebaik sahaja kain selesai dipukul bagi kali pertama dalam proses membatik blok-conteng atau selepas mencanting.
sarang kayusarang kayuKesenianSeni BatikSarang diperbuat daripada kayu lembut dan berukir corak, sebagai mata, untuk mengecapkan batik asli Melayu. Batik asli Melayu tidak menggunakan lilin sebagai bahan penahan warna kerana kain akan dicap terus dengan sarang ini. Kini membatik cara ini tidak diamalkan lagi, tetapi kaedah inilah yang dimodenkan untuk mengecap kain batik ela dengan mesin.

Kembali ke atas