late penalty charge | caj denda lewat | Ekonomi | Ekonomi Islam | Caj kerana kelewatan membayar hutang. Kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar margin ialah peratusan tertentu daripada jumlah yang tertunggak dan tidak boleh diakumulasikan. Sementara kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar pokok adalah berdasarkan kadar pulangan di pasaran wang Islam antara bank dan tidak boleh diakumulasikan. Lihat juga ta‘wid. |
authority to pay | kebenaran membayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keizinan membayar kiriman wang dengan menggunakan borang tertentu. |
deep discount bond | bon diskaun dalam | Pentadbiran | Tiada | Sekuriti faedah tetap yang membayar faedah sedikit sahaja ataupun tidak membayar faedah langsung. |
vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
pure discount securities | sekuriti diskaun tulen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti hutang yang tidak membayar faedah, sebaliknya dijual dengan diskaun dan kemudiannya membayar pokok pada akhir tempoh matang. |
income policy | dasar pendapatan;polisi pendapatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi pendapatan: Kontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus. |
insolvency clause | fasal ketakmampuan bayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang memperuntukkan bahawa reinsurer akan tetap bertanggungjawab membayar bahagian kerugian yang ditanggungnya walaupun syarikat mengesid tidak mampu membayar. |
workmen compensation law | undang-undang pampasan pekerja | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Statut yang mengenakan liabiliti ke atas majikan untuk membayar faedah atau memberikan penjagaan kepada pekerja yang cedera dan membayar faedah kepada tanggungan pekerja yang terbunuh semasa dan disebabkan menjalankan tugas. Majikan biasanya tidak dikenakan liabiliti di bawah Common Law. |
money flow | aliran wang | Ekonomi | Tiada | Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran wang wujud apabila isi rumah membayar kepada firma ketika membeli barang dan perkhidmatan yang dimiliki oleh firma, dan apabila firma membayar kepada isi rumah ketika membeli perkhidmatan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. |
financial guarantee bond | bon jaminan kewangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa insurer akan membayar sejumlah wang yang tetap atau yang akan ditentukan, jika peminjam gagal membayar pinjaman. |