air distribution | pengagihan udara | Aeroangkasa | Tiada | Satu kaedah untuk membekalkan udara kepada tempat tertentu di dalam kabin pesawat udara.,Satu kaedah untuk membekalkan udara kepada tempat tertentu di dalam kabin pesawat udara. |
current amplifier | amplifer arus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang direka bentuk supaya membekalkan arus keluaran yang lebih tinggi daripada arus masukan.,2. Amplifier yang mempunyai galangan keluaran yang rendah dan berupaya untuk membekalkan arus berat. |
glossopharyngeal cranial nerves | saraf kranium glosofarinks | Veterinar | Praklinikal | Saraf kranium kesembilan. Saraf ini membekalkan gentian deria ke tonsil; farinks; telinga tengah; jasad karotid dan dua pertiga daripada posterior lidah. Saraf kranium glosofarinks juga membekalkan gentian parasimpatetik ke kelenjar parotid melalui ganglion optik dan gentian motor ke otot stilofamgius dan otot farinks atas. |
main meteorological office | pejabat meteorologi utama | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pejabat yang membekalkan perkhidmatan meteorologi untuk tujuan pengemudian udara antarabangsa menurut spesifikasi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Pejabat ini menyediakan ramalan, memberikan maklumat meteorologi dan taklimat kepada juruterbang, dan membekalkan maklumat meteorologi kepada pejabat meteorologi terikat atau pejabat meteorologi tambahan. |
gravity feed tank | tangki suapan graviti | Aeroangkasa | Tiada | Sistem yang membekalkan bahan api kepada engin berdasarkan tarikan graviti.,Satu sistem pandu arah radio julat jauh yang menggunakan isyarat dari dua buah stesen untuk menentukan kedudukan sesebuah pesawat udara.,Sistem yang membekalkan bahan api kepada engin berdasarkan tarikan graviti. |
bai‘ istijrar | bai‘ istijrar/jual beli pembekalan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli antara pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan sesuatu jenis barang secara berkala atau berterusan seperti harian, mingguan atau bulanan dengan harga dan cara pembayaran yang dipersetujui. Contohnya, peniaga membekalkan bahan seperti makanan ke restoran secara berkala. Urus niaga ini melancarkan perniagaan. Sinonim istijrar. |
lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti k |
purified feed | makanan tulen | Veterinar | Tiada | Campuran bahan makanan yang terdiri daripada bahan-bahan tulen seperti kanji dan albumin untuk membekalkan sesuatu nutrien bagi tujuan kajian penilaian makanan. Bahan-bahan ini mempunyai nilai daya cerna yang tinggi. Biasanya, bahan makanan ini digunakan sebagai kawalan dalam uji kaji pemakanan untuk membandingkan nilai bahan makanan lain. Bagi tujuan membekalkan sumber tenaga, bahan-bahan seperti glukosa, kanji dan gula digunakan. Untuk sumber protein pula, bahan-bahan seperti kasein, albumin dan ekstrak protein kacang soya digunakan. Manakala untuk membekalkan asid amino terhad, asid tulen yang terdiri daripada glisina, metionina dan sistina lazimnya digunakan. |
anonym FTP | FTP anonim | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Capaian yang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mencapai pelayan FTP suatu sistem komputer. Pengguna FTP tidak perlu membekalkan identiti sebenar semasa proses pengesahan pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan pengenalan pengguna anonim dan membekalkan alamat e-mel sebagai kata laluan. Biasanya capaian FTP antonim adalah lebih terhad digunakan untuk memuat turun fail sahaja. Lihat juga anonim. |
one-time password | kata laluan guna sekali | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah pengesahan pengguna berasaskan teknik cabar sahut, iaitu pada setiap sesi pengesahan yang berlainan, sistem akan membekalkan beberapa pemboleh ubah yang berbeza-beza. Berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan, pengguna akan mengira nilai yang sepatutnya diberikan sebagai jawapan. Pengguna tidak diberikan kata laluan yang kekal tetapi diberikan rumus algebra yang unik, ataupun senarai rujukan atau jadual persilangan. Contohnya, pengguna diberikan rumusan (x2 + 3y)/z sebagai algoritma yang unik dan kekal. Sistem pula akan membekalkan pemboleh ubah x =4, y=3 dan z=5 sebagai cabaran. Pengguna akan menggunakan pemboleh ubah berkenaan dalam rumusnya seperti yang berikut: (42 + 3(3)) /5 = 5 dan membekalkan jawapan �5� sebagai tindak balas. Sekiranya jawapan adalah betul, sistem komputer akan membenarkan pengguna mencapai sistem tersebut. Kaedah ini dapat mengekalkan pemintasan kata laluan melalui analisis rangkaian kerana sistem akan memberikan pemboleh ubah yang berlainan pada setiap sesi. |