Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
comparison shoppingprabeli bandinganSosiologiTiadaProses membeli belah, dengan melawat beberapa pusat membeli belah untuk mendapatkan nilai terbaik apabila membeli sesuatu barang.
reciprocal buyingpembelian timbal balikEkonomiTiadaMembeli daripada penjual lain yang membeli pula barang keluarannya sebagai satu strategi menggalakkan penjualan masing-masing.
reciprocity in conglomerateskesalingan konglomeratEkonomiTiadaPihak konglomerat membeli barang daripada pembekal lain dengan syarat pembekal ini membeli pula barang daripada anak syarikat atau cawangannya.
e-malle-mallTeknologi MaklumatTiadaKompleks membeli-belah dalam talian yang membolehkan anda melawat tapak web kedai dan membeli-belah secara maya. Biasanya bayaran dibuat dengan menggunakan kad kredit.
full-line forcingpaksaan rangkaian penuhEkonomiTiadaPelaksanaan kuasa pasaran yang memaksa pembeli untuk membeli serangkaian keluaran dan tidak hanya membeli satu jenis keluaran sahaja.
warrantwaranPentadbiran PerniagaanTiadaOpsyen yang memberikan pemegangnya hak membeli sekuriti pada harga tertentu dalam satu tempoh tertentu, biasanya dikeluarkan bersama-sama sekuriti untuk menarik pelabur membeli sekuriti berkenaan.
tie-in salesjualan terikatEkonomiTiadaJualan beberapa barang berkaitan sebagai satu pakej atau satu sistem, seperti membeli mesin komputer termasuk perisian, mesin cetak dan khidmat nasihat percuma, atau membeli motokar bersama dengan pendingin, radio, dan insurans.
trick advertisingpengiklanan muslihatKomunikasiKorporatStategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan yang menggunakan sesuatu daya tarikan. Daya tarikan yang digunakan berbentuk ganjaran yang berupa barangan atau tawaran hiburan dan rekreasi yang berstatus mewah. Apabila khalayak tertarik dan cuba mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diiklankan, khalayak dikenakan beberapa syarat lain. Syarat ini selalunya menyukarkan khalayak untuk mendapatkan barangan tersebut kecuali setelah memenuhi syarat berkenaan. Contoh syarat tersebut adalah memujuk khalayak membeli barangan lain melalui syarikat yang sama yang melibatkan kos tambahan. Kaedah lain yang digunakan ialah khalayak dijanjikan faedah besar melalui cabutan bertuah yang berbentuk hadiah sekiranya membeli barangan daripada syarikat berkenaan. Namun, setelah membeli barangan tersebut, pembeli hanya mendapat hadiah termurah yang memang disediakan untuk setiap pembelian.
option marketpasaran opsyenEkonomiEkonomi IslamPasaran yang memberi hak kepada pelabur untuk membeli atau menjual sesuatu komoditi atau sekuriti pada satu tempoh akan datang tetapi dengan harga yang telah ditetapkan pada masa ini. Hak untuk membeli dan menjual masing-masing dikenali sebagai opsyen beli dan opsyen jual. Dalam urus niaga ini, pembeli dikehendaki membayar sebahagian daripada harga belian semasa kontrak ditandatangani. Urus niaga ini tidak sah dari segi syarak kerana tidak memenuhi syarat akad bai‘ salam atau bai‘ istisna’.
subscription warrantwaran langgananPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti yang kadangkala ditawarkan bersama-sama terbitan baru yang diterbitkan sebagai satu penggalak kepada pelabur untuk membeli terbitan dengan memberi hak untuk membeli syer tambahan pada harga dan jangka waktu tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas