embed | benam | Perubatan | Tiada | Proses membenamkan spesimen tisu ke dalam bahan pejal untuk mengekalkan struktur tisu tersebut semasa penghirisannya. Proses ini merupakan sebahagian daripada proses penyediaan spesimen tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. |
nail punch | penumbuk paku | Kesenian | Tiada | Alat untuk membenamkan kepala paku pada permukaan benda kerja. |
quench | sejukan segera | Perubatan | Tiada | 1. Menyejukkan sesuatu yang panas dengan membenamkan dalam air atau minyak. |
buried heterostructure | geometri heterostruktur benam | Kejuruteraan | Tiada | Geometri laser diod yang membenamkan lapisan aktif indeks biasan tinggi ke dalam lapisan indeks biasan rendah. |
reinforcement | pengukuhan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peneguhan: Penguatan konkrit, plaster atau mortar dengan membenamkan rod-rod keluli atau jejaring dawai di dalamnya.,2. Tetulang: Rod keluli atau jejaring dawai yang dibenamkan dalam konkrit, plaster atau mortar untuk memperkukuhkannya.,3. Amaun logam kimpalan mengunjur di atas logam induk |
deadbait legering | pembenaman umpan | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing menggunakan umpan semula jadi dengan membenamkan umpan ke dasar sungai atau tasik. Melalui kaedah ini, pemberat gerak digunakan untuk menetapkan kedudukan umpan. |
pile head | kepala cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bahagian atas cerucuk konkrit pratuang yang dilindungi oleh pelapik kayu semasa kerja-kerja membenamkan cerucuk ke dalam tanah. |
hammer | tukul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat pengetuk yang kepalanya diperbuat daripada keluli keras dan hulunya daripada plastik atau kayu. Tukul digunakan untuk mengetuk dan membenamkan paku ke permukaan benda dalam kerja kayu. Ada dua jenis tukul, iaitu tukul, iaitu tukul kuku dan tukul bonggol baji Warrington. Tukul kuku mempunyai bahagian berkuku bagi mengeluarkan paku dari benda kerja. |
honeycomb stingray | pari rimau | Perikanan | Tiada | Ikan pari daripada famili Dasyatidae, spesies Himantura uarnak. Pari rimau berbintik dan berwarna kebiru-biruan. Ikan ini bersifat demersal dan mempunyai tabiat membenamkan badan ke dalam pasir berdekatan pantai atau teluk. Ikan ini amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Sinonim pari bunga. |