Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesarkan

Peribahasa

Tiada membesarkan air.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong famili yang susah kerana diri sendiri tidak kecukupan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
magnifymembesarkan; memperbesarMatematikTiadaTiada
play upmembesarkan (berita)KomunikasiTiadaTiada
play upmembesarkan (berita)KomunikasiTiadaTiada
reamlulasKejuruteraanTiada1. Membesarkan dan membersihkan lubang dengan menggunakan pelulas.,2. Selapis bahan tak homogen pada kaca datar.,3. Lima ratus helai kertas.
enlargementpembesaranGeografiTiada2. Proses membesarkan peta atau foto udara dengan menggunakan alat tertentu.
bump-uppembesaranKesenianTiadaProses membesarkan sesuatu imej dengan teknik fotografi atau melalui lukisan.
microprojectormikroprojektorPendidikanTiadaAlat untuk membesarkan dan menayangkan mikroimej atau slaid mikroskop kepada kelompok yang besar.
inderreamlulusan bawahKejuruteraanPetroleumKerja membesarkan ukuran lubang telga yang berada di bawah selongsong yang telah dipasang pada telaga berkenaan. kendaliannya dilaksanakan dengan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai pelulas bawah.
counter boringpenggerekan balasKejuruteraanTiadaProses membesarkan lubang atau menghasilkan permukaan yang rata dan bersudut tepat dengan permukaan dinding lubang.
counter boringpenggerekan balasKesenianTiadaProses membesarkan lubang atau menghasilkan permukaan yang rata dan bersudut tepat dengan permukaan dinding lubang.
12345

Kembali ke atas