Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grubbingmembongkarKejuruteraan AutomotifTiadaPembersihan tapak yang melibatkan pencabutan akar kayu, rumput dan belukar daripada tanah sebelum pembinaan jalan raya dimulakan.
demolition planrancangan runtuhanLandskapTiadaTatacara yang menetapkan langkah meruntuhkan atau membongkar suatu landskap untuk tujuan pembinaan semula.
detectivedetektifKesusasteraanTiadaAnggota mata-mata gelap dalam pasukan polis yang cuba membongkar rahsia pembunuhan, identiti penjenayah dan sebagainya, di dalam kisah jenayah yang terdapat dalam novel atau cerpen.

Kembali ke atas