killing point | had membunuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jumlah minimum pengawet yang biasanya digunakan dalam teknik kultur agar-agar, yang dapat membunuh semua kulat yang diuji. |
anthelmintic | antelmintik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan menyingkirkan atau membunuh cacing di dalam tubuh. 2. Agen yang berupaya mengusir atau membunuh cacing di dalam tubuh. Contoh agen ini ialah abamektin, prazikuantel, albendazol, dietilkarbamazina, pirantel pamoat dan ivermektin. Sinonim vermisid. |
antiparasitic | antiparasit | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merencat pertumbuhan, pembiakan atau membunuh parasit. 2. Agen yang merencat pertumbuhan, pembiakan atau membunuh parasit. Contohnya, antiprotozoa (primakuina, metronidazola) dan antelmintik (abamektin, prazilruantel}. |
قتل عمد | pembunuhan sengaja | Agama Islam | Fiqh | Pembunuhan yang dilakukan dengan niat membunuh dan menggunakan alat yang pada kebiasaannya boleh membunuh. |
trypanosomicide | tripanosomisid | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan keupayaan membunuh tripanosoma, iaitu protozoa dalam genus Tripanosoma yang tergolong dalam famili Trypanosomatidae. 2. Agen atau drug yang berupaya membunuh tripanosoma, terutamanya spesies parasit protozoa yang disebarkan kepada manusia oleh vektor serangga yang umumnya dijumpai di Afrika serta Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pelbagai ubatan berasaskan arsenik digunakan untuk merawat penyakit seperti African sleeping sickness yang disebabkan oleh Trypanosoma gambiense dan T. rhodesiense,dan penyakit Chagas yang disebabkan oleh T. cruzi yang biasa berlaku di benua Amerika. |
weed killer | racun rumpai | Kimia | Tiada | Racun perosak yang digunakan untuk membunuh tumbuh-tumbuhan yang tidak dikehendaki seperti lalang dan rumput. Racun rumpai terdapat dalam dua jenis utama, iaitu jenis berpilih seperti asid 2,4-diklorofenoksiasetik, fenol dan karbonat yang hanya membunuh rumpai tanpa merosakkan tumbuhan lain, dan jenis tak berpilih seperti ammonium sulfamat yang membunuh rumpai serta tumbuhan lain. Kebanyakan racun rumpai sangat toksik. |
lethal mutation | mutasi maut | Biologi | Genetik | Mutasi yang menyebabkan kemautan pramatang organisma yang membawanya. Kemautan dominan membunuh individu heterozigus sementara kemautan resesif hanya membunuh yang homozigus. |
bacteriostatic | bakteriostatik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. 2. Agen yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Agen ini merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. Agen bakteriostatik perlu bekerjasama dengan sistem imun untukmemastikan keberkesanannya. Contoh agen ini ialah tetrasiklina, sulfonamida, spektinomisin, trimetoprim,kloramfenikol, makrolida dan linkosamida. |
bactericide | racun bakteria | Kimia | Biokimia | Agen pembunuh bakteria, terutamanya bakteria penyakit. Kemampuan agen ini bergantung pada jenisnya dan jenis bakteria itu sendiri. Kebanyakan racun bakteria membunuh bakteria biasa dan tidak membunuh bakteria berspora atau bakteria tetanus. |
girdling | penggelangan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses menggelang kulit luar dan kambium mengikut lilit batang pokok, tujuannya untuk membunuh pokok tersebut. Penggelangan pernah digunakan bersama natrium arsenik pada suatu masa dahulu sebagai rawatan silvikultur untuk membunuh pokok yang tidak dikehendaki. |