Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ta.kan] | ممتاکن

Definisi : 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ta.kan] | ممتاکن

Definisi : 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fingerprint recognitionpengecaman cap jariTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah biometri yang memetakan bentuk lengkuk, gelungan, lingkaran, percambahan dan percantuman pada permukaan tapak jari. Kaedah ini memetakan corak cap jari kepada perwakilan digital yang boleh digunakan oleh alat pengecam cap jari.
congruent transformationpenjelmaan kongruenKejuruteraanTiadaPenjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A.
congruent transformationpenjelmaan kongruenMatematikTiadaPenjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A.
geospatial technologyteknologi geospatialPertanianAgroteknologiTeknologi yang digunakan untuk memetakan sesuatu kawasan dengan kaedah digital. Teknologi ini menggunakan tiga komponen, iaitu GPS, GIS dan RS. Teknologi ini memerlukan peralatan khusus, umpamanya GPS yang merupakan alat untuk mengesan kedudukan, GIS, iaitu perisian untuk mengintegrasi dan menterjemahkan data dan RS, iaitu sistem satelit untuk mengesan imej daripada jarak jauh. Teknologi geospatial digunakan bertujuan untuk menangani masalah persekitaran, ekologi, geologi dan epidemologi. Lihat juga GPS, GIS, RS.
ARP (address resolution protocol)ARP (protokol resolusi alamat)Teknologi MaklumatTiadaProtokol yang memetakan alamat pada rangkaian kawasan setempat (LAN) secara dinamik.
waterfall modelmodel air terjunTeknologi MaklumatTiadaStrategi kitar hidup pembangunan perisian yang memetakan projek kepada fasa yang disusun seperti struktur air terjun.
domain name system (DNS)sistem nama domain (DNS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2.
hodograph methodkaedah hodografHidrologiTiadaKaedah untuk menunjukkan masalah aliran air-tanah dua dimensi dengan memetakan domain aliran ke satah matematik pembantu yang koordinatnya adalah komponen luahan spesifik atau gradien hidraulik.
one-way hash functionfungsi cincang sehalaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFungsi matematik, H, yang menggunakan operasi cincangan sehala untuk memetakan suatu mesej bersaiz rambang. M, kepada suatu mesej ringkasan. MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej, tetap mustahil untuk memperoleh M daripada H(MD), atau penyongsangan fungsi cincangan sehala pada ringkasan mesej. Hal ini disebabkan beberapa bit data daripada mesej M telah dibuang untuk memperoleh MD yang bersaiz tetap dan tidak boleh diperoleh semula walaupun fungsi cincangan disongsangkan. Fungsi ini sangat peka terhadap perubahan bit data dalam mesej. Sekiranya terdapat bit yang berubah, maka nilai MD untuk M akan turut berubah. Oleh sebab saiz MD adalah tetap dan biasanya jauh lebih kecil daripada mesej M, MD sesuai digunakan sebagai tandatangan untuk mengesahkan keaslian M. Sekiranya nilai MD boleh diperoleh semula daripada mesej M yang diterima, maka tiada perubahan berlaku pada mesej M. Lihat ju
fingerprint scannerpengimbas cap jariTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeranti pengimbas biometrik yang mengesan bentuk lengkuk, gelungan, lingkaran, percambahan dan percantuman pada permukaan tapak jari dan memetakan corak yang diperoleh kepada perwakilan digital. Corak ini kemudiannya dibandingkan dengan corak dalam simpanan untuk membenarkan penyahihan pengguna.
12

Kembali ke atas