Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.tas] | ممينتس

Definisi : 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-­cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = me­mintasi melintasi, melalui, menjalani, meng­atasi: ~ segala kesulitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.tas] | ممينتس

Definisi : 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memintas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
global spy networkrangkaian intip sejagatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang menggunakan sistem terautomasi untuk memintas dan menghalakan semua bentuk komunikasi elektronik ke lokasi pusat. Contoh rangkaian intip sejagat ialah Echelon untuk kerajaan Amerika Syarikat. Rangkaian Echelon mampu memintas sehingga tiga bilion komunikasi individu awam dan syarikat swasta sehari yang termasuk e-mel, panggilan telefon, faksimile, dan juga paket data Internet.
fighter jetjet pejuangAeroangkasaTiadaPesawat udara yang direka bentuk khas dan diperalatkan untuk memintas, bertempur di udara dan memusnahkan pesawat udara musuh.,Pesawat udara yang disewa oleh syarikat talian udara daripada syarikat lain untuk kegunaannya.,Pesawat udara yang direka bentuk khas dan diperalatkan untuk memintas, bertempur di udara dan memusnahkan pesawat udara musuh.
intercepting trunksesalur memintasKejuruteraanTiadaTiada
eavesdroppingpasang telingaTeknologi MaklumatTiadaTindakan memintas secara haram data yang melalui talian komunikasi yang diawasi.
eavesdroppingcuri dengarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan memintas keseluruhan atau sebahagian komunikasi sulit tanpa pengetahuan penghantar atau penerima dengan kaedah pengintipan.
incident raysinar tujuFizikOptikSinar yang lintasannya memintas permukaan tak selanjar. sinar datang.
Ethernet sniffingpenghiduan EthernetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti memintas dan merakam secara rambang paket data pada rangkaian pautan data Ethernet. Penghiduan biasa dilakukan dengan melaraskan kad antara muka Ethernet kepada mod rambang.
flame deflectorpemesong nyalaAeroangkasaTiadaPenghalang yang direka untuk memintas gas ekzos pesawat dan memesongkannya menjauhi struktur pelantar pelancar dan pesawat.
radar reflectivityketerpantulan radarMeteorologiMeteorologi PerhubunganUkuran kecdkapan sasaran radar memintas dan memantulkan tenaga radio. Kecekapan ini bergantung pada saiz, bentuk, dan aspek sasaran, serta sifat dieletrik di permukaan sasaran. Ukuran ini bukan sahaja merangkumi pantulan, malah kesan penyerakan dan pembelauan.
snifferpenghiduTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian atau perkakasan yang mampu memintas dan merakam data secara rambang dalam prasarana komputer atau rangkaian. Penghiduan biasa dilakukan tanpa pengetahuan pemilik data tersebut.
12345

Kembali ke atas