recommend | memperakukan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
recommend | memperakukan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
recommend | memperakukan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
certificate of discharge | perakuan pelepasan | Sukan | Tiada | Dokumen yang memperakukan khidmat di atas kapal seorang pelaut apabila tamat artikel perjanjian. |
certificate of issue | kenyataan keluaran | Perpustakaan | Tiada | Kenyataan yang tercetak dalam Edisi Terhad yang memperakukan jumlah naskhah yang dicetak dan kadangkala berkenaan dengan autograf penulis dan/atau pelukis ilustrasi. |
dive instructor | pengajar selam | Perikanan | Tiada | Pakar bertauliah yang mengajar teknik menyelam dengan betul kepada penyelam. Pengajar ini mempunyai kuasa untuk memperakukan penyelam bagi mendapatkan sijil menyelam daripada badan persijilan antarabangsa seperti PADI (Professional Association of Diving Instructors), NAUI (National Association Underwater Instructors) dan SSI (Scuba School International). |
architect | arkitek | Kesenian | Seni Bina | Orang yang berkelayakan dari segi akademik dan ikhtisas untuk mereka bentuk bangunan atau binaan lain bagi pelbagai tujuan tertentu. Arkitek juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan memperakukan kerja binaan bangunan yang direkanya sehingga siap untuk dihuni. Arkitek merupakan orang yang dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan perundangan terhadap kekukuhan struktur binaan dan keselamatan penghuni yang mendiami bangunan berkenaan. |
asylum (politic) | suaka politik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Peraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya den |
nouveau roman | nouveau roman | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Cla |