advocacy advertising | periklanan tunjangan | Komunikasi | Tiada | Periklanan yang memperjuangkan isu-isu kepentingan awam. Biasanya, iklan ini ditaja oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan awam untuk menyatakan sesuatu idea atau tindakan seperti mengiklankan perutusan yang mengajak pengguna terlibat dalam kempen inflasi sifar. |
art movement | pergerakan seni lukis | Kesenian | Tiada | Kumpulan pelukis yang memperjuangkan sesuatu idea mengenai seni. |
crusade journalism | kewartawanan jihad | Komunikasi | Tiada | Penulisan berita yang bertujuan untuk memperjuangkan sesuatu perkara atau isu bagi kepentingan umum. |
art academy | akademi seni lukis | Kesenian | Tiada | Pertubuhan seni yang memelihara dan memperjuangkan nilai-nilai seni konvensional. |
public relations advocacy | belaan perhubungan awam | Komunikasi | Tiada | Tindakan bahagian perhubungan awam yang memperjuangkan sesuatu isu atau idea. Contohnya, menegakkan kepentingan untuk menjamin alam sekitar supaya tidak tercemar. Tindakan yang dilakukan harus berlandaskan kepentingan awam. |
patriot | patriot | Sejarah | Tiada | Orang yang sangat cintakan tanah airnya dan sedia mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak negara. |
neoplasticism | neoplastisisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang diasaskan pada 1917 di Amsterdam, Belanda yang memperjuangkan seni abstrak tulen. Antara ciri dalam gerakan seni ini ialah mengurangkan penggunaan bentuk dan warna, menggunakan komposisi visual ke arah susunan menegak dan mendatar, serta menggunakan warna utama bersama-sama dengan warna hitam dan putih. Lihat juga De Stijl. |
Action Francaise | Action Francaise | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan kaum bangsawan yang ekstrem terhadap kedudukan mereka di Perancis. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1898 dan dipimpin oleh Charles Maurras. Pertubuhan ini memperjuangkan pemulihan pemerintahan monarki di Perancis, iaitu dinasti Bourbon-Orleans. Selain itu, mereka menuntut desentralisasi Perancis mengikut daerah pentadbiran yang asal. Mereka turut menuntut pembentukan negara koperatif yang mempunyai satu majlis koperatif. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan hak istimewa agama Katolik |
patriotic | patriotik | Sejarah | Tiada | Sifat yang sangat cintakan tanah airnya dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak negara. |
Amnesty International | Amnesti Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarab |