third generation CAD | CAD generasi ketiga | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perisian yang dimajukan dalam tahun 1980-an untuk menyatukan kesemua teknologi serta memperkenalkan dan mempermudah pengajaran di universiti. |
public sector | sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi. |
velocity potential | keupayaan halaju | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Komponen skalar vektor keupayaan A, iaitu u = �f + � x A, dengan u = halaju (m/s), f = keupayaan halaju (m/s), A = vektor keupayaan (m2/s), � = pengendali Laplacean (m-1). Keupayaan halaju juga merupakan kaedah untuk mempermudah persamaan gerakan tiga matra bendalir tak boleh mampat sebagai . u = -�2 f. Kaedah perumusan ini berguna untuk menyelesaikan proses pemindahan haba secara perolakan semula jadi yang memerlukan penyelesaian persamaan gerakan dan persamaan pemindahan haba secara serentak. |
International Criminal Police Organization (Interpol) | Polis Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | O rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol. |