Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.han] | مناهن

Definisi : memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.han] | مناهن

Definisi : 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Budak-budak menahan taut,
     Joran dicacak di tepi kolam;
Asal ikan tempat di laut,
     Kenapa masak dibubuh garam?


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Bungkal genap menahan cuba,
     emas baik menahan uji.

Bermaksud :

Keutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ikat menahanikat menahanKesenianTiadaSebarang ikatan yang bersifat sementara yang digunakan untuk mengikat bingkai pada seraung berfungsi sebagai penahan dalam proses melekatkan bingkai.
latch circuitlitar selakTeknikElektrik1. Lihat litar menahan. 2. Litar menahan untuk get-get logik.
holding circuitlitar menahanTeknikElektrikLitar tambahan yang menahan litar utama terus hidup. Litar ini biasanya menggunakan sesentuh. Arus sesentuh ini lebih kecil daripada arus litar utama. Litar menahan digunakan sebagai pelindung litar utama jika berlaku sebarang kerosakan. Misalnya, litar belantik dalam pemutus litar. Sinonim litar selak.
holding areakawasan menahanAeroangkasaTiadaKawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara.,Kuasa kuda yang diukur pada aci keluar enjin.,Kawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara.
سد الرمقkadar menahan laparAgama IslamFiqhKadar makan atau minum yang diharuskan oleh syarak dalam keadaan darurat untuk menahan kelaparan dan menyelamatkan nyawa.
door stoppenahan pintuSosiologiTiada1. Alat yang boleh menahan atau membenarkan pintu terbuka pada keluasan tertentu.,2. Unjuran biasanya disalut dengan getah untuk menahan kerosakan pada dinding apabila pintu yang dibuka bersentuh dengan dinding dan lain-lain.
benevolent endowmentwakafEkonomiEkonomi IslamAkad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu.
surface chokepencekik permukaanKejuruteraanPetroleumPencekik yang dipasang di talian aliran di permukaan yang mengandungi puting getah dengan lubang bergaris pusat kecil untuk menahan aliran bendalir. Berguna untuk menahan aliran bendalir di talian aliran di permukaan dan mengawal kadar pengeluaran di permukaan.
fire walltembok apiKejuruteraanPetroleumTembok yang diperbuat daripada tanah yang didirikan di sekeliling tangki tempat menyimpan minyak untuk menahan minyak daripada mengalir ke tempat lain sekiranya tangki berkenaan rosak atau bocor, atau untuk menahan sebarang letupan serta kebakaran daripada merebak ke tempat lain jika sekiranya tangki tersebut terbakar.
retaining walltembok penahanKesenianSeni BinaStruktur binaan sama ada bersifat sementara atau kekal yang didirikan khusus untuk menyokong atau menahan tanah secara menegak supaya tanah tidak runtuh. Struktur ini boleh dibina sama ada menggunakan kayu, batu, bata, blok konkrit, konkrit, konkrit tetulang, kepingan keluli dan sebagainya. Selain bertujuan untuk menahan tanah, tembok penahan juga dibina untuk tujuan landskap. Sinonim lapis lindung.
12345678910...

Kembali ke atas