soil amendment | pembaikan tanah | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah menambah baik tekstur, struktur dan kimia tanah dengan menambah bahan asing seperti bahan organan dalam bentuk gambut, sisa tanaman, kompos atau najis haiwan, atau menambah kapur untuk mengurangkan keasidan tanah. |
rotoscoping | merotoskop | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu teknik animasi untuk menambah kesan khas pada filem sebenar. Teknik ini digunakan untuk menambah model grafik dalam filem sebenar dan boleh menjejak pergerakan objek dalam filem. Contohnya dalam filem Star Wars, teknik ini digunakan untuk menambah pedang laser dalam babak pertarungan. |
box loop | gelung kotak | Perubatan | Tiada | Gelung berbentuk kotak di dawai arkus untuk menambah kepanjangan dawai antara braket dan seterusnya menambah aktiviti. |
monomer reactivity ratio | nisbah keaktifan semula monomer | Kejuruteraan | Polimer | Nisbah pemalar kadar spesies yang menumbuh secara menambah monomer sendiri terhadap pemalar kadar menambah monomer jenis lain. |
software maintenance | penyelenggaraan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses dalam kejuruteraan perisian bagi menambah baik perisian selepas dilaksanakan atau digunakan. Penambahbaikan ini adalah untuk membaiki prestasi, membetulkan ralat dan menambah fitur dalam perisian. Proses ini perlu dilakukan dengan sistematik dan teliti supaya sebarang pengubahsuaian dapat disepadukan dengan modul atau atur cara yang asal. Contoh aktiviti dalam penyelenggaraan perisian ialah pengeluaran perisian versi terbaru. |
resample | sampel semula | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit. |
resample | sampel semula | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit. |
garnishing | menghias; bahan penghias | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bahan Penghias: Sayuran atau bahan-bahan lain untuk menghias makanan seperti selada air, parsli dan lobak merah.,2. Renda, bulu dan sebagainya yang ditambah pada pakaian untuk menjadikannya lebih cantik dan menarik.,3. Menghias: Menambah rupa atau seri pada pakaian seperti menambah renda.,4. Menambah rupa atau rasa pada makanan. |
agrobiotechnology | agrobioteknologi | Pertanian | Agroteknologi | Kajian saintifik bagi menambah baik tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Kajian ini berasaskan pengetahuan tentang DNA dan pengenalpastian gen yang dapat memberi faedah kepada tanaman yang boleh digunakan untuk memperbaik ciri-ciri tanaman dan ternakan. Agrobioteknologi dapat menambah baik tanaman dan ternakan yang tidak dapat dihasilkan melalui kaedah pembiakbakaan tradisional. Kaedah penting dalam agrobioteknologi melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Melalui kaedah ini, banyak tanaman yang mempunyai ciri ketahanan terhadap penyakit telah dihasilkan. |
diversification | pempelbagaian | Pengurusan | Perancangan | Suatu pendekatan strategik yang melibatkan keputusan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat, sama ada dengan menambah kategori produk lini, mewujudkan entiti perniagaan yang baharu atau memasuki pasaran baharu. Tujuan pempelbagaian dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko dengan menambah aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi yang berbeza, termasuk dengan membeli beberapa entiti yang berlainan (saham syarikat atau entiti perniagaan). Melalui pendekatan pempelbagaian ini, sekiranya berlaku kegagalan sesuatu produk atau entiti perniagaan, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan portfolio yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya, pembuat kereta yang mengeluarkan pelbagai jenis model akan mengurangkan risiko kegagalan syarikat sekiranya salah satu model keretanya tidak berjaya dalam pasaran. |