attesting witness | saksi yang menandatangani | Undang-undang | Tiada | Tiada |
take and subscribe (the oath of office) | mengangkat dan menandatangani (sumpah jawatan) | Undang-undang | Tiada | Bersetuju sumpah dengan cara menurunkan cap jari, tandatangan atau tanda lain dalam sumpah jawatan. |
short rate | kadar penalti | Komunikasi | Korporat | Denda yang dikenakan kepada pengiklan yang telah menandatangani kontrak tempahan ruang atau masa siaran iklan tetapi gagal mematuhi perjanjian tersebut. Denda ini dikenakan sebagai imbuhan kepada kerugian yang dialami oleh agensi penerbitan dan stesen penyiaran kerana tidak dapat memanfaatkan ruang atau masa siaran iklan seperti yang dirancang. |
Warsaw Convention Agreement | Perjanjian Konvensyen Warsaw | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Persetujuan yang dicapai oleh ahli-ahli yang menandatangani perjanjian ini menetapkan persetujuan antarabangsa bagi had liabiliti perkhidmatan kapal terbang awam antarabangsa untuk kerosakan atau kehilangan bagasi dan untuk kecederaan atau kematian penumpang. |
written line | jalur bertulis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Amaun insurans yang insurer telah bersetuju untuk menerima setelah menandatangani slip. Amaun ini mungkin melebihi amaun sebenar diinsuranskan dan dikenali sebagai lini tertutup atau lini bertandatangan. |
examined business | perniagaan terperiksa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan yang diunderait untuk seseorang pencadang yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan telah menandatangani surat permohonan tetapi belum membayar premium. |
treaty | perjanjian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan bertulis yang ditandatangani oleh dua pihak atau lebih. Persetujuan bertulis ini untuk mengikat pihak yang menandatangani dokumen perjanjian dan mereka dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk mematuhi segala perkara yang telah dimeterai. Persetujuan ini merangkumi aspek seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan, politik, sosial dan diplomasi. Contohnya, Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824. |
administrative assistant | pembantu pentadbiran | Komunikasi | Tiada | Petugas yang membantu kerja-kerja pentadbiran dalam kumpulan penerbitan. Antara tugasnya ialah membantu menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesyuarat, menandatangani perjanjian dan hal-hal kewangan. |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penggunaan algoritma penyulitan tak simetri untuk mendapatkan tahap tanpa sangkalan. Mesej ditandatangan dengan menggunakan kekunci rahsia dan disemak kesahihannya dengan menggunakan kekunci awam pihak yang menandatangani. Contoh algoritma yang digunakan ialah tandatangan digital RSA dan El-Gamal. |
pawner permission | kebenaran pemilik gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Keizinan dan persetujuan yang diperlukan oleh penggadai daripada pemilik barang untuk menjadikan barang miliknya sebagai barang gadaian. Sebagai tanda persetujuan, pemilik barang gadaian perlu mengisi dan menandatangani borang gadaian yang akan diserahkan oleh penggadai kepada pegadai untuk mendapatkan hutang. Contohnya, persetujuan yang didapati oleh penggadai untuk menggunakan emas seperti rantai, gelang dan cincin milik ahli keluarganya sebagai barang gadaian. |