Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bioethicsbioetikaFarmasiBioteknologi FarmasiBidang ilmu yang menangani isu moral dan etika berkaitan dengan aplikasi kaedah, produk dan teknologi dalam bidang biologi dan perubatan. Contohnya, usaha yang dilakukan untuk menangani isu yang berkaitan dengan makanan atau organisma terubah suai genetik, seperti beras emas.
parliamentary committeejawatankuasa parlimenPentadbiranTiadaBadan khas yang ditubuhkan dalam kalangan anggota parlimen bertujuan untuk menangani sesuatu aspek yang akan dibincang di dalam persidangan seperti rang undang-undang sendirian, rang undang-undang hibrid, anggaran perbelanjaan tahunan, anggaran perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan tambahan. Jawatankuasa yang dilantik perlu memikir dan menangani persoalan berkenaan di parlimen dan secara tidak langsung akan mengurangkan beban anggota parlimen yang lain. Cara pembahagian kuasa ini akan menjimatkan masa dan meringkaskan persidangan.
ad hoc committeejawatankuasa ad hocSains PolitikPolitik PerbandinganJawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
parallel combinationgabungan selariKejuruteraanTiadaPaut penghantaran yang menangani data selari.
crisis managementpengurusan krisisKomunikasiKorporatProses dan kaedah menangani krisis dalam organisasi atau negara yang dijangka boleh meninggalkan kesan negatif jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani secara sistematik, krisis boleh menjejaskan reputasi organisasi atau negara. Pengurusan krisis dilaksanakan bagi memulihkan citra yang telah tercemar akibat kecuaian, kesilapan, kemalangan, atau sabotaj terhadap barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi. Proses dan kaedah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh organisasi atau melalui pihak perunding. Pencemaran citra boleh menyebabkan berlakunya krisis ekonomi, krisis keyakinan, dan krisis kewibawaan kepada organisasi atau negara. Penyebab berlakunya krisis seperti dakwaan pihak tertentu terhadap barangan untuk khalayak muslim yang sumber bahannya tidak halal, bekalan tenaga dan air untuk para pengilang atau pengusaha industri minuman dan makanan yang sering terganggu, serta kecacatan terhadap barangan eksport.
stress management centerpusat pengurusan stresKejururawatanTiadaTempat untuk menangani individu yang mengalami tekanan.
simulation languagebahasa simulasiPentadbiranTiadaBahasa pengaturcaraan yang direka khas untuk menangani masalah simulasi seperti GPSS,SIMSCRIPT, Promodel Siman.
managing changepengelolaan perubahanPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan yang dibuat untuk menangani perubahan atau pembaharuan dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Biasanya sebarang bentuk perubahan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi akan melibatkan dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Persetujuan perlu dicapai oleh kedua-dua pihak bagi memastikan perubahan yang ingin dilakukan dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak menimbulkan konflik dalam organisasi pada masa hadapan. Contoh, pertukaran kakitangan ke jabatan lain, perubahan dari segi waktu kerja, pengenalan peraturan baru dalam organisasi dan penggubalan dasar baru.

therapeutic communicationkomunikasi terapeutikKejururawatanTiadaPerbualan yang menjurus kepada membantu individu menangani tekanan, menyesuaikan diri dan mengatasi kebuntuan fikiran.
family crisis centerpusat krisis keluargaKejururawatanTiadaPusat yang memberi sokongan untuk menangani konflik dan masalah serius yang dihadapi oleh keluarga.
1234567

Kembali ke atas