Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aerial workkerja udaraAeroangkasaTiadaKerja-kerja udara yang mencabar seperti penyemburan baja dan racun dari udara.,Kerja-kerja udara yang mencabar seperti penyemburan baja dan racun dari udara.
impeachmencabarUndang-undangTiadaTiada
challenging questionsoalan mencabarPendidikanTiadaTiada
challenging motivationmotivasi mencabarKesenianTiadaTiada
challenge feedingpemakanan mencabarVeterinarTiadaAmalan pemberian makanan kepada ternakan supaya ia dirangsang atau dicabar untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Biasanya, lembu tenusu akan dicabar untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin pada peringkat awal pengeluaran susu. Kaedah yang digunakan ialah dengan memberikan rangsum laktasi kepada lembu tenusu sebelum ia melahirkan anak dan diteruskan selepas kelahiran dengan pemberian makanan bijirin yang lebih tinggi dari yang diperlukan pada peringkat awal. Tujuan amalan ini ialah untuk memaksimumkan penghasilan susu pada minggu ke-3 hingga 8 tempoh laktasi.
challenge feedingpemberian makanan mencabarVeterinarTiadaTiada
market followerpengikut pasaranPentadbiranTiadaSyarikat yang tidak mencabar pemimpin pasaran dan hanya berusaha mengekalkan bahagian pasarannya.
devil's advocatepenyanggahPengurusanPerancanganIndividu yang memainkan peranan untuk mencabar andaian atau penegasan yang dibuat oleh sesuatu kumpulan, terutamanya dalam proses pembuatan keputusan. Penyanggah diperlukan untuk mengelak keputusan yang pramatang atau keputusan yang berat sebelah. Peranan penyanggah dapat memastikan sesebuah kumpulan mengambil tindakan yang berkesan setelah semua faktor yang berkaitan dipertimbangkan terlebih dahulu. Lihat juga pemikiran kumpulan.
hostilitypermusuhanPsikologiPsikologi UmumCiri atau tingkah laku individu yang boleh mencabar kesabaran orang lain atau merangsang perbalahan. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya kurang mempercayai orang lain dan suka bertengkar atau bergaduh. Individu ini juga mempunyai personaliti jenis A yang biasanya berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kecelaruan jantung atau hipertensi. Risiko serangan penyakit kronik tersebut lebih tinggi daripada individu yang kuat merokok. Di samping itu, individu ini lebih mudah mengalami masalah kurang daya tahan terhadap penyakit.
dialogismdialogimeKesusasteraanTiadaKeadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni.
123

Kembali ke atas