conscript | kerah | Sejarah | Tiada | 1. Orang yang mendaftar untuk kerahan tenaga.,2. Perbuatan mengerah orang untuk membuat kerja secara paksa, amalan pihak Belanda sewaktu menjajah Indonesia. |
attempt card | kad percubaan | Sukan | Tiada | Kad untuk mendaftar angkatan yang akan dilakukan. |
arrival time | waktu daftar masuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Waktu tetamu mendaftar masuk untuk menginap. |
arrival date | tarikh daftar masuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tarikh tetamu mendaftar masuk untuk menginap. |
militia | militia | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kumpulan rakyat yang mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan dan menjalani latihan ketenteraan secara berkala tetapi hanya berkhidmat sepenuh masa pada waktu kecemasan sahaja. Militia boleh dimanfaatkan oleh negara untuk tujuan mempertahankan tanah air dan komuniti. Walau bagaimanapun, sekiranya anggota militia tidak dilatih sepenuhnya dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka boleh terlibat melakukan jenayah peperangan atau jenayah terhadap kemanusiaan. Anggota militia juga boleh diperalatkan untuk melindungi kepentingan politik pihak tertentu. |
absent voter | pengundi tak hadir | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah. |
competitor registration form | borang pendaftaran peserta | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan bagi mendaftar peserta yang akan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingkan. |
street name | penama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nama yang digunakan oleh firma broker untuk mendaftar sekuriti pelabur yang mempunyai akaun dengan broker tersebut dan bersetuju pendaftaran sedemikian dibuat. |
assist relay registration entry form | borang daftar lari berganti-ganti | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan untuk mendaftar peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti. |
room night | sekali inap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kiraan inapan pelanggan untuk satu hari satu malam, contohnya pelanggan mendaftar masuk pada pukul 12.00 tengah hari dan keluar pada pukul 12.00 tengah hari keesokan harinya. |