screening | penyaringan | Pertanian | Agronomi | 1.Penapisan atau pemilihan sesuatu daripada kotoran, bahan tercemar atau kurang tulen untuk mendapatkan tinggalan yang terbaik. Contohnya, biji benih disaring menggunakan tapis berukuran tertentu untuk mendapatkan saiz dan bentuk tertentu sebelum digunakan. 2.Kaedah mendapatkan baka terpilih mengikut ciri yang dikehendaki seperti ketahanan terhadap penyakit. Banyak pokok akan dinilai dan hanya beberapa pokok yang dipilih. |
aversive conditioning | pengkondisenan aversif | Pergigian | Tiada | Teknik untuk mendapatkan perhatian daripada pesakit kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk mendapatkan rawatan. Teknik ini digunakan kepada kanak-kanak yang tidak memberi kerjasama bagi menjalankan rawatan pergigian. Pesakit akan diletakkan di atas kerusi pergigian. Sekiranya pesakit tidak bekerjasama, doktor pergigian akan meletakkan tangannya pada mulut pesakit dan menyuruhnya diam atau tidak boleh menangis. Sekiranya pesakit bekerjasama, doktor akan melepaskan tangannya dan memuji serta menenangkan pesakit. Teknik ini agak kontroversi kerana menggunakan kekerasan untuk menjalankan rawatan. Sinonim teknik tangan atas mulut |
water well | telaga air | Kejuruteraan | Petroleum | Telaga yang digerudi bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan awam dan/atau untuk mendapatkan persediaan air yang diperlukan bagi membantu operasi penggerudian, operasi perolehan sekunder, atau operasi-operasi lain yang mesti dilakukan terhadap telaga minyak dan/atau telaga gas. |
derive | terbit | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mendapatkan sebatian, zat, struktur atau teori daripada suatu sebatian, zat, struktur atau teori yang lain, sama ada secara terus atau secara tak terus.,2. Mendapatkan atau membangunkan sesuatu daripada bentuknya yang lain, misalnya menerbitkan tenaga elektrik daripada haba. |
secondary beneficiary | waris sekunder | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Waris kedua yang berhak mendapatkan prosid insurans jika waris pertama telah meninggal dunia atau tidak sempat mendapatkan prosid sepenuhnya disebabkan kematian. |
core drilling | penggerudian teras | Geologi | Tiada | 1. Proses mendapatkan sampel batuan yang berbentuk silinder dengan menggunakan bit pemotongan batuan berbentuk anulus yang diputar oleh mesin penggerudian lubang gerek. 2. Proses mendapatkan sampel tanih atau batuan semula jadi atau tak terganggu melalui penggerudian. |
core boring | penggerekan teras | Geologi | Tiada | 1. Proses mendapatkan sampel batuan yang berbentuk silinder dengan menggunakan bit pemotongan batuan yang berbentuk anulus yang diputar oleh mesin penggerudian lubang gerek. 2. Proses mendapatkan sampel tanih atau batuan semula jadi atau tak terganggu melalui penggerudian. |
social influence | pengaruh masyarakat | Komunikasi | Korporat | Keadaan atau proses yang berkaitan dengan aktiviti untuk mendapatkan sokongan dan melakukan kawalan terhadap khalayak. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau organisasi untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan, mengawal tingkah laku, serta mengubah pandangan, perasaan, tabiat dan sikap khalayak dengan menggunakan kaedah komunikasi tertentu. Kaedah ini kerap dikaitkan dengan komunikasi pembangunan dan perhubungan awam. Sinonim pengaruh sosial. |
psychological dependence | kebergantungan psikologikal | Perubatan | Tiada | Pengambilan ubat secara berterusan bagi mendapatkan kebaikan fizikal dan mental. Kebergantungan psikologikal boleh berlaku pada mana-mana ubat walaupun ubat tersebut tidak mempunyai kesan terus kepada minda. Contoh ubat yang boleh mendapatkan kebergantungan psikologikal ialah marijuana, laksatif dan analgesik. |
population competition | persaingan populasi | Pertanian | Agronomi | Persaingan dalam sesuatu populasi untuk mendapatkan sumber persekitaran seperti nutrien, air, dan cahaya. Persaingan ini boleh berlaku antara spesies atau sesama spesies. Contohnya, dalam hutan hujan, persaingan berlaku antara pokok untuk mendapatkan cahaya. |