Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gas.kan] | منݢسکن

Definisi : 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gas.kan] | منݢسکن

Definisi : 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethical theoryteori etikaPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang biasanya dibahagikan kepada empat aliran pemikiran iaitu (i) teori empirikal yang menegaskan bahawa etika lahir melalui pengalaman keinsanan dan dizahirkan melalui persetujuan bersama (ii) teori rasional yang menyatakan bahawa masyarakat menentukan sesuatu kebaikan atau keburukan itu berasaskan kemunasabahan (sebab musabab) (iii) teori intuitif menegaskan bahawa manusia secara fitrahnya memiliki dan memahami apa yang baik dan apa yang buruk (iv) teori wahyu (tanzil) yang menegaskan bahawa penentuan baik dan buruk adalah berasaskan kepada prinsip ketuhanan.

to assertmenegaskanUndang-undangTiadaTiada
averse and traversemenegaskan dan menafikanUndang-undangTiadaTiada
architectonicarkitektonikKesusasteraanTiadaKritikan yang menegaskan secara kolektif unsur struktural bahagian, kesatuan, tekanan dan skala yang menjadikan hasil penulisan itu bergerak secara logis dan lancar dari awal hingga ke akhir.
fundamentalismfundamentalismePendidikanTiadaFahaman yang menegaskan kepatuhan dan ketaasuban kepada asas-asas ajaran agama.
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah ole
constructivist perspectiveperspektif konstruktivisPendidikanTiadaPandangan yang menegaskan peranan aktif pembelajaran dalam membina kefahaman sesuatu maklumat.
acribologyakribologiKesusasteraanTiadaMembuat telahan dengan tepat, untuk menegaskan.
Lane's lawhukum LaneMatematikTiadaHukum yang menegaskan bahawa suatu gas sempurna adalah berkadar songsang dengan jejariannya.
absurdismabsurdismeKesenianDrama dan TeaterAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik disebabkan hilangnya keyakinan terhadap arah kehidupan. Aliran ini mula berkembang dalam teater di Barat pada awal tahun 1950-an yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta Albert Camus dan Jean Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Waiting for Godotkarya Samuel Beckett merupakan drama pertama di dunia yang menerapkan aliran ini.
1234

Kembali ke atas