Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mu.kan] | منموکن

Definisi : 1. = mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. mendapati atau menjumpai (sesuatu yg tersembunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mu.kan] | منموکن

Definisi : 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penye­lidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heading jointsambungan temu hujungKesenianTiadaSambungan yang menemukan bahagian dua hujung benda kerja.
meshingmenyiratKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMemasukkan atau menemukan gigi dua gear.
percussion weldingkimpalan tukulKejuruteraanTiadaKimpalan yang diperoleh dengan menemukan dua bahagian yang hendak dikimpal di antara dua elektrod yang membawa arus elektrik dan memanaskannya melalui peningkatan suhu yang disebabkan oleh rintangannya terhadap aliran arus merentasi kawasan sentuh, dan tekanan yang kuat dikenakan dengan tiba-tiba. Biasanya digunakan untuk mengimpal stud, tiub kepada plat.
inverted pleatlisu terbalikKesenianTiadaLisu yang terbentuk dengan menemukan dua tepi lipatan ke bahagian tengah luar pakaian dan membentuk lisu setentang pada bahagian dalamnya.
input validation controlkawalan pengesahsahihan inputTeknologi MaklumatTiadaTatacara yang digunakan untuk menemukan ralat dalam data sebelum diproses. Kawalan ini dilakukan pada peringkat medan, rekod, dan fail.
demagnetizationpenyah-magnetanTeknikElektrikPembuangan kesan kemagnetan daripada bahan magnet. Ada pelbagai cara penyahmagnetan termasuk menemukan bahan magnet pada kutub yang berlainan, memanaskan magnet sehingga merah, mengalirkan arus yang beransur-ansur kurang hingga ke kosong pada magnet, dan menyongsangkan arah bekalan yang dilalukan pada magnet.
grounded theoryteori asasPendidikanTiadaKaedah kualitatif yang membolehkan pengkaji mengkaji fenomena atau proses tertentu dan menemukan teori baharu berdasarkan pengumpulan dan analisis data sebenar.
monodyekanadaKesusasteraanPuisiPuisi ratap yang diciptakan khusus untuk dibacakan dalam sesuatu upacara yang sedih. Umpamanya peristiwa kematian. Namun dalam puisi Melayu mungkin khalayak tidak menemukan puisi-puisi monodi ini lantaran masyarakat Melayu tiada mempunyai tradisi meratapi si mati dengan membaca puisi Seperti dalam agama Kristian. Sinonim monodi.
electron wave functionfungsi gelombang elektronFizikMekanik KuantumFungsi gelombang yang memerihalkan orientasi spin dan kedudukan satu atau lebih elektron bagi menyatakan keadaan dinamik suatu elektron. Modulus kuasa dua bagi fungsi ini memberikan kebarangkalian per unit isi padu untuk menemukan elektron pada kedudukan tertentu.
new criticismkritikan baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej.

Kembali ke atas