Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weir-through liquid distributorpengagih cecair menerusi empang dasar/pengagih cecair menerusi empang limpahKejuruteraanTiadaTiada
electroosmosiselektroosmosisFizikNanoteknologiPergerakan cecair berkutub menerusi membran atau struktur nanoliang di bawah pengaruh medan elektrik. Contohnya, dalam sel bahan api, elektroosmosis menyebabkan proton bergerak menerusi membran pertukaran proton untuk membawa molekul air daripada anod ke katod.
leakage curentarus bocorFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanArus diingini yang mengalir menerusi atau melintasi permukaan bahan penebat. Arus terus yang mengalir menerusi bahan dielektrik lemah di dalam kapasitor. Arus ulang-alik yang mengalir melalui suatu rektifier dengan tidak terektifikasi (tidak menjadi arus terus).
fissionabilityketerbelahanFizikAtom dan NuklearKebolehan sesuatu isotop untuk menjalani proses pembelahan. Bagi isotop boleh belah, pembelahan berlaku menerusi neutron lambat sementara isotop subur menerusi neutron cepat. Contohnya, isotop uranium-235 (U-235), uranium-233 (U-233), plutonium-239 (Pu-239) dan plutonium-241 (Pu-241).
morphologic unitunit morfologiGeologiTiada1. Permukaan, sama ada permukaan mendapan atau permukaan hakisan yang dapat dikenal menerusi ciri-ciri topografinya.,2. Unit stratigrafi batuan yang dapat dikenal pasti menerusi featur-featur topografinya.
scanning probe microscopy (SPM)mikroskopi penduga imbasan (SPM)FizikNanoteknologiKajian terhadap suatu bahan menggunakan mikroskop yang dapat menghasilkan imej permukaan bahan menerusi alat penduga yang mengimbas permukaan bahan tersebut. Imej permukaan diperoleh menerusi pergerakan mekanik penduga atas permukaan bahan secara baris demi baris, sambil merakamkan saling tindakan penduga-permukaan sebagai fungsi kedudukan. Contoh mikroskop jenis ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Kedua-dua mikroskop ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer.
conductionkonduksiKimiaTiada1.Pemindahan tenaga haba menerusi sesuatu bahan dari bahagian suhu tinggi ke bahagian suhu rendah melalui getaran antara molekul tanpa bahan tersebut bergerak. Di dalam logam, mekanisme konduksi berbeza kerana kehadiran elektron bebas yang memperoleh tenaga kinetik apabila dipanaskan dan akan kehilangan tenaga hab apabila berlanggar dengan atom yang lebih sejuk. 2. pemindahan tenaga elektrik menerusi pengalir logam melalui pergerakan elektron bebas dari satu atom ke satu atom yang lain yang dipengaruhi oleh daya gerak elektrik. Di dalam elektrolit, ion positif dan negatif bertindak sebagai pembawa cas, manakala di dalam gas, ion positif dan elektron yang terhasil apabila molekul gas terbelah akibat voltan yang tinggi bertindak sebagai pembawa cas dalam tiub nyahcas.
drill pipe electric loglog elektrik paip gerudiKejuruteraanPetroleumSejenis log telaga keberintangan yang terdiri daripada log keupayaan diri, log normal pendek dan log normal panjang, yang didapatkan menerusi pengelogan telaga elektrik. Alat pengelog mempunyai satu kuar yang dilengkapi dengan alat perakam binaan dalam dan ia diturunkan ke dalam lubang telaga menerusi paip gerudi. Elektrik pengukuran di jembulkan keluar menerusi liang yang terdapat pada bit gerudi semasa pengelogan dilangsungkan.
factorize by inspectionmemfaktorkan menerusi pemerinyuanFizikTiadaTiada
factorize by groupingmemfaktorkan menerusi pengumpulanMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas