Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bur.kan] | مڠابورکن

Definisi : menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bur.kan] | مڠابورکن

Definisi : menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaburkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steganographysteganografiTeknologi MaklumatPerisianSeni dan kaedah menulis mesej tersembunyi. Seni dan kaedah ini tidak membenarkan orang lain selain daripada penghantar dan penerima mesej menyedari kewujudan mesej tersebut. Seni dan kaedah ini berbeza dengan kriptografi yang hanya mengaburkan mesej tanpa menyembunyikan fakta bahawa terdapat perkara tersembunyi pada mesej tersebut. Kini, steganografi melibatkan penyembunyian maklumat digital dalam sebarang fail komputer. Contohnya, fail yang disembunyikan dalam fail imej yang dihantar melalui e-mel.
obfuscate (advertisement)kabur (iklan)KomunikasiKorporatKesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan.

Kembali ke atas