Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.gum.kan] | مڠاݢومکن

Definisi : menimbulkan (menyebab­kan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.gum.kan] | مڠاݢومکن

Definisi : menyebabkan kagum; menghairankan; menakjubkan: Kepandaian ahli silap mata itu sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengagumkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
masquemasqueKesusasteraanTiadaPersembahan hiburan di istana yang mengagumkan. Persembahan ini menggabungkan drama, puisi, muzik, nyanyian, tarian dan kostum serta peralatan mewah dan hebat. Pelakonnya terdiri dariapda golongan bangsawan yang memakai topeng sebagai watak mitos dan melakonkan sebuah kisah yang bersifat alegori. Persembahan berakhir apabila para pelakon membuka topeng masing-masing sambil menari dengan penonton. Hiburan ini bermula di itali pada zaman Renaissance dan berkembang maju di england ketika pemerintahan Elizabeth, James dan Charles I. Antara penulis masque ialah Ben Johnson yang menulis The Maswue of Blackness dan The Masque of Queens.
operaoperaKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan dialog berlagu dan lakonan bergaya. Elemen kostum dan latar pentas biasanya dalam bentuk yang hebat, termasuk kesan pencahayaan dan kesan khas yang mengagumkan.

Kembali ke atas