Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.yuh] | مڠايوه

Definisi : 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.yuh] | مڠايوه

Definisi : 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sprintpecutSukanLumba BasikalPerbuatan mengayuh dengan kelajuan yang maksimum,biasanya berlaku semasa perlumbaan hampir tamat,atau percubaan untuk berpecah daripada kumpulan induk.
cyclingberbasikalSukanLumba BasikalPerbuatan mengayuh basikal.
pedal/clipless pedalpengayuh/pengayuh tanpa pencengkamSukanLumba BasikalAlat untuk mengayuh,sama ada yang mempunyai pencengkam atau tidak.
trudgingkayuh kaki(sukan air)SukanTiadaPerenang dan pemain yang menggunakan kedua-dua kaki untuk mengayuh, sambil mengapungkan badan di permukaan air pada sukan renang dan polo air.
bent over rowgerak kayuh membongkokSukanTiadaSejenis latihan dengan keadaan badan membongkok memegang palang sambil tangan bergerak turun naik seperti mengayuh.

Kembali ke atas