Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : menegur keburukan orang dll; mencela; membidas: Abdullah berani juga ~ perbuatan bangsa Belanda dan Inggeris dlm bukunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecam
Kata Terbitan : mengecam, kecam-mengecam, kecaman, pengecam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
figure-groundkebolehan mengecamPendidikanTiada

 Kebolehan untuk mengenal pasti, mengeluarkan dan memilih satu atau beberapa objek dalam persekitaran yang terdiri daripada objek-objek lain. Contohnya mengutip keluar satu pensel berwama merah daripada bekas pensel, mencari satu nama dalam direktori telefon atau mendengar namanya di-panggil dalam persekitaran yang bising.

agnosiaagnosiaPerubatanTiadaKetiadaan daya untuk mengecam perangsang deria seperti pendengaran, penglihatan, penghiduan dan penyentuhan.
bed delineationpenyerlahan lapisanKejuruteraanPetroleumProses mengecam atau mengenal beza unit-unit lapisan dalam suatu jujukan stratigrafi atau dalam jujukan sedimen yang boleh nampak dalam keratan log telaga. Log-log yang dipakai biasanya terdiri daripada log-log litologi. Pengecaman dibuat dengan cara mensekaitkan titik-titik yang serba sama pada lengkung-lengkung log yang berkenaan.
regionalismfahaman kedaerahan; regionalismeGeografiTiada2. Percubaan untuk mengecam kawasan-kawasan bagi melaksanakan perancangan dan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih licin.
picture processingpemprosesan gambarTeknologi MaklumatTiadaProses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej.
picture processingpemprosesan gambarTeknologi MaklumatTiadaProses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej.
astereognosisastereognosisPerubatanTiadaKehilangan keupayaan untuk mengenal atau mengecam sesuatu objek atau untuk menilai bentuk objek dengan meraba atau menyentuhnya. Keadaan ini juga dikenali sebagai amnesia sentuhan.
gas chromatographykromatografi gasBioteknologiTiadaKromatografi untuk memisahkan dan mengecam sebatian kimia meruap dalam campuran gas dengan menggunakan prinsip penyerapan memilih.
gel chromatographykromatografi gelBioteknologiTiadaKromatografi untuk memisahkan dan mengecam sebatian kimia dengan menggunakan penapis gel yang mempunyai liang bersaiz tetap. Molekul yang lebih kecil daripada saiz liang akan menembusi gel tersebut. Pemisahan berdasarkan saiz molekul ini juga dikenali sebagai kromatografi penurasan gel.
hydrophobic chromatographykromatografi hidrofobiBioteknologiTiadaKromatografi untuk memisahkan dan mengecam sebatian kimia yang melibatkan saling tindak antara molekul tak kutub dalam larutan berair dengan pembawa hidrofobi.
1234

Kembali ke atas