dihydroergotamine | Dihydroergotamine | Perubatan | Tiada | Bahan antiadrenergik yang digunakan untuk mengecutkan salur darah dalam rawatan migrain. |
astringent | astringen | Farmasi | Farmaseutik | Bahan kimia yang bertindak setempat dan mengecutkan tisu melalui proses pemendakan protein. Contohnya, losen kalamin. |
shrink fit | pemasangan cerut | Kesenian | Tiada | Pemasangan sesuatu benda atau komponen yang dibuat dengan mengecutkan sesuatu bahagian yang disejukkan dahulu supaya boleh dimasukkan ke dalam sesuatu bahagian yang lain. |
styptic | stiptik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan menghentikan pendarahan, yang menyebabkan pengecutan tisu dan salur darah. 2. Agen yang diutamakan dalam rawatan atau pembedahan untuk menghentikan pendarahan dengan cara mengecutkan tisu dan salur darah. Agen stiptik kimia digunakan untuk merangsang pembekuan darah melalui tindak balas kimia. Selain itu, agen stiptik mekanikal juga boleh digunakan untuk mengawal pendarahan. Contohnya, gumpalan kapas yang digunakan untuk mengawal pendarahan semasa bercukur. |
adrenergic receptor | reseptor adrenergik | Veterinar | Praklinikal | Reseptor yang terdapat pada permukaan luar dan dalam membran sel. Terdapat dua jenis reseptor adrenergik yang utama; iaitu reseptor alfa dan reseptor beta. Reseptor adrenergik diaktifkan oleh epinefrin dan norepinefrin. Antara fungsi reseptor adrenergik adalah untuk mengecutkan otot licin melalui reseptor alfa dan mengendurkan otot licin melalui reseptor beta. |
taxis | taksis | Biologi | Ekologi | Orientasi langsung sesuatu organisma sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Taksis melibatkan gerak balas keseluruhan tubuh organisma. Orientasi ini dikatakan positif jika organisma bergerak mendekati rangsangan, dan negatif jika menjauhi rangsangan. Misalnya, Euglena menjauhkan diri daripada cahaya, dan Vorticella mengecutkan tangkainya jika disentuh. |
Renellia paniculata | Akar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginseng | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
Tacca integrifolia | Keladi murai | Pertanian | Tiada | Herba ini juga dikenali sebagai belimbing tanah. Tumbuhan dalam famili Taccaceae ini tidak berbatang dan tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Herba ini mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Mempunyai tangkai bunga yang panjang, bunganya besar berwarna ungu kehijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Buah masak berwarna hitam. Umbisinya digunakan sebagai bahan ubat untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. |
Renellia paniculata | akar sembung | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
Tacca integrifolia | keladi murai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Taccaceae yang dikenali juga sebagai belimbing tanah. Tumbuhan ini tidak berbatang dan mempunyai umbisi dalam tanah. Daunnya lebar dan lembut. Tangkai bunganya panjang, bunganya besar dan berwarna ungu kehijau-hijauan. Buahnya berbentuk belimbing dan lembut. Tumbuhan herba ini tumbuh di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Air rebusan umbisinya diminum oleh ibu selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga. Daunnya dibuat demah untuk mengecutkan rahim dan organ peranakan. Umbisi yang telah dilumatkan dipupuk untuk mengubati gigitan ulat bulu. |