Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngéks.ploi.ta.si.kan] | مڠيکسڤلوءيتاسيکن

Definisi : mengeksploitasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengeksploitasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
threat agentagen ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan yang wujud dalam suatu sistem maklumat, mengganggu kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam.
nonlegitimate powerkuasa tak sahKejururawatanTiadaKawalan atau pengaruh kuat oleh pihak tertentu sehingga mengeksploitasikan hak asasi individu.
crack filefail rengkahTeknologi MaklumatTiadaFail tampal yang boleh menggagalkan ciri keselamatan pada perisian tertentu. Fail ini berfungsi dengan mengeksploitasikan kelemahan sistem, mengubah data dan kod atur cara, atau dengan mencari jalan pintas yang boleh memberikan capaian terlarang kepada semua fungsi lengkap perisian berkenaan.
crack filefail rengkahTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFail tampal yang boleh menggagalkan ciri keselamatan pada perisian tertentu. Fail ini berfungsi dengan mengeksploitasikan kelemahan sistem, mengubah data dan kod atur cara, atau dengan mencari jalan pintas yang boleh memberikan capaian terlarang kepada semua fungsi lengkap perisian berkenaan.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.

Kembali ke atas