smuggling | penyeludupan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan mengimport atau mengeksport barangan terlarang, atau mengimport atau mengeksport barangan dengan cara mengelakkan duti yang sepatutnya dikenakan terhadap barangan berkenaan. Bagi barangan yang diimport secara penyeludupan, denda yang digandakan berasaskan nilai barangan rampasan boleh dikenakan kepada pihak yang menyeludup. |
basic activities | aktiviti asas | Sosiologi | Tiada | Kegiatan mengeksport barangan dan perkhidmatan ke tempat-tempat di luar sempadan ekonomi sesuatu masyarakat atau memasarkan barangan dan perkhidmatannya kepada orang yang datang dari luar sempadan ekonomi masyarakat tersebut. |
antidumping measures | langkah antilambakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, mana |
embargo | embargo | Ekonomi | Tiada | 1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas. |
entrepot | entrepot | Ekonomi | Tiada | Pusat perdagangan atau pelabuhan yang mengimport barang dari sesebuah negara dan kemudiannya mengeksport semula barang tersebut ke negara lain, tanpa mengenakan cukai. Misalnya, negara Singapura. |
differential duty | duti berbeza | Ekonomi | Tiada | Duti import yang mempunyai kadar yang berbeza, bergantung pada negara asal yang mengeluarkan atau mengeksport barang berkenaan. Umpamanya duti import yang dikenakan oleh Malaysia terhadap tekstil yang diimport dari Jepun mungkin berbeza daripada yang dikenakan terhadap tekstil dari Indonesia. Sinonim duti berdiskriminasi. |
intraindustry trade | perdagangan intraindustri | Ekonomi | Tiada | Import dan eksport antara negara-negara dalam kumpulan industri yang sama. Misalnya, Jepun dan Amerika mengeksport dan mengimport keluaran yang sama jenis antara satu sama lain. |
nonbasic activities | kegiatan bukan asas | Sosiologi | Tiada | Kegiatan menyediakan barangan keperluan penduduk yang tinggal dalam had sempadan ekonomi sesuatu masyarakat. Ia tidak mengeksport apa-apa barangan akhir atau perkhidmatan tetapi pada asasnya skop pengeluaran dan kawasan pasarannya adalah bersifat tempatan. |
abatement of income for exports | pengurangan pendapatan eksport | Ekonomi | Tiada | Insentif pelaburan yang diberi di bawah Akta Galakan Pelaburan kepada syarikat pembuatan yang mengeksport secara langsung atau melalui ejen-ejen keluaran yang dikeluarkan di dalam negeri. Insentif ini adalah dalam bentuk potongan kiraan pendapatan yang bergantung kepada nilai eksport. |
double entry | catatan bergu | Ekonomi | Tiada | Kaedah mencatat setiap urus niaga kepada dua bahagian dalam akaun, iaitu debit dan kredit. Misalnya, catatan ini digunakan untuk merekodkan urus niaga dalam imbangan pembayaran, iaitu apabila sesebuah negara mengeksport sesuatu barang; bahagian debit mencatatkan penerimaan bayaran nilai eksport, manakala bahagian kredit mencatatkan nilai barang berkenaan. |