Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mu.ka.kan] | مڠموکاکن

Definisi : 1 membawa ke hadapan atau ke muka. 2 mengetengahkan (sesuatu pendapat, cadangan dll); mengutarakan; mencadangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adducemengemukakanUndang-undangTiadaTiada
holding outmengemukakan diriUndang-undangTiadaTiada
dialecticdialektikKesusasteraanTiadaCara berfikir dan mengemukakan suatu kebenaran dengan alasan yang nyata.
رفع الدعوىbuat aduanAgama IslamFiqhMengemukakan pengaduan ke pihak pengadilan.
historical novelnovel sejarahKesusasteraanTiadaNovel yang mengemukakan watak rekaan dengan membina tokoh tertentu, ternama dan tercatat dalam sejarah bangsa dan tanah air pada zaman lampau yang dipaparkan dalam bentuk cereka menurut imaginasi pengarang.
romantic comedykomedi romantikKesusasteraanTiadaKomedi yang mengemukakan kisah cinta yang serius sebagai tema utama dan daya penariknya.
epic simileperbandingan epikKesusasteraanTiadaPerbandingan yang mengemukakan perbandingan yang cukup luas, terperinci dan amat luar biasa iaitu mengambil sempena cara yang dilakukan Homer.
epistolary novelnovel warkahKesusasteraanTiadaNovel yang mengemukakan persoalannya dalam bentuk surat yang ditulis oleh satu watak atau beberapa watak dalam novel tersebut.
discovery filmfilem penerokaanKomunikasiTiadaFilem yang mengemukakan aspek teknikal, kandungan serta gaya penerbitan baru yang belum pernah dicuba oleh pengarah lain sebelum ini.
idea championjohan pendapatPentadbiranTiadaSeseorang yang mengemukakan pendapat atau idea dan mempertahankannya.
123456

Kembali ke atas