brand awareness | pengetahuan jenama | Komunikasi | Korporat | Tahap mengenali dan mengetahui kewujudan sesuatu jenama dalam pasaran dalam kalangan pengguna. Tahap mengenali dan mengetahui ini merupakan tahap awal yang perlu dicapai dalam kempen pengiklanan. Pelaksanaan strategi peringkat ini tidak memaparkan banyak fakta dan tidak melibatkan usaha pemujukan kerana tumpuan strategi lebih kepada penjelasan tentang barangan yang diperkenalkan. Adakalanya, aktiviti kempen pengetahuan jenama dilakukan lebih awal sebelum sesuatu barangan diperkenalkan dan dilancarkan dalam pasaran. Strategi penyampaian pengiklanan lebih menggunakan kaedah yang menggalakkan khalayak mengenali dan mengetahui barangan. Kajian tinjauan pemasaran dilakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan jenama. Pada tahap ini, media bercetak seperti surat khabar dan pepanji biasanya banyak digunakan untuk memperkenalkan barangan tersebut.. |
ashing | pengabuan | Veterinar | Tiada | Satu prosedur analisis kimia yang dilakukan terhadap sesuatu bahan untuk mengetahui kandungan mineral. Terdapat dua jenis pengabuan iaitu pengabuan kering dan pengabuan basah. Pengabuan kering dilakukan untuk mengetahui peratus mineral secara keseluruhan dan digunakan dalam analisis selanjutnya pada abu tersebut untuk mengetahui kandungan unsur mineralnya. Dalam prosedur pengabuan basah, bahan-bahan seperti asid nitrik pekat, asid hidroklorik pekat dan hidrogen proksida digunakan. |
indicator host | perumah penunjuk | Biologi | Patologi | Perumah rentan yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidaknya patogen tertentu. Jika ada, ia digunakan untuk mengetahui aras populasi patogen tersebut dengan cara melihat gejala dan keparahan serangannya atau bilangan patogen yang berkumpul pada perumah tersebut. |
blind study | kajian buta | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kajian penyelidik yang tidak mengetahui kedudukan sebenar subjek yang diperiksa, sama ada subjek daripada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Kajian buta terbahagi kepada dua, iaitu kajian buta tunggal dan kajian buta duaan. Kajian buta tunggal ialah kaedah kajian apabila subjek menerima rawatan yang hendak diuji, tetapi tidak mengetahui jenis rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis rawatan yang digunakan. Kajian buta duaan pula ialah kaedah kajian apabila kedua-dua penyelidik dan subjek kajian tidak mengetahui jenis rawatan yang diterima oleh subjek. Kaedah ini mengurangkan bias sama ada kepada subjek atau pengkaji, dan mendapat keputusan yang lebih dipercayai daripada kajian buta tunggal. |
single-blind study | kajian buta-tunggal | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah eksperimen yang dirancang supaya subjek tidak mengetahui bahawa mereka berada dalam kelompok kawalan atau eksperimen. Contohnya, semua subjek dalam sesuatu kajian tidak mengetahui sama ada mereka diberikan plasebo atau dadah sebenar. Oleh sebab subjek eksperimen telah dibutakan dengan keadaan tersebut, maka jangkaan mereka adalah sama. Kesannya, sebarang perbezaan yang wujud daripada hasil kajian tersebut ialah perbezaan sebenar yang disebabkan oleh dadah. |
frequency seriation | seriasi frekuensi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah penyusunan artifak berdasarkan kepada jumlah, bentuk, gaya dan hiasan untuk mengetahui perkembangannya secara kronologi. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui artifak yang paling menonjol dari aspek penggunaannya oleh sesebuah masyarakat atau tempat. Terdapat tiga tahap analisis pengamatan, iaitu pertama, bermula dari tahap awal atau mula di hasilkan sesuatu artifak (frekuensi minimum). Tahap kedua dinilai pada tahap kemuncak penggunaannya (frekuensi tinggi), manakala tahap ketiga dinilai dari segi pengurangan penggunaannya (frekuensi minimum). Pemerhatian boleh dilakukan dalam bentuk peratusan yang berbentuk jadual atau graf. |
khiyar ‘aib | khiyar barang rosak | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada produk. Kecacatan hendaklah berlaku sebelum atau semasa akad dan pembeli tidak mengetahui kerosakan tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui terdapat kerosakan tetapi masih meneruskan pembelian, maka pembeli tidak mempunyai hak untuk menamatkan akad atau meminta diskaun. |
omniscience | maha mengetahui | Pendidikan | Tiada | Tiada |
omnipresence | maha mengetahui | Pendidikan | Tiada | Tiada |
omniscience | maha mengetahui | Sejarah | Tiada | Tiada |