waive | 1. melepskan 2. mengetepikan | Undang-undang | Tiada | 1. Tidak mahu menggunakan atau menuntut hak. 2. Tidak menghendaki sesuatu syarat dipatuhi. |
eliminated/eliminatio | penyisihan | Kesusasteraan | Tiada | Mengetepikan naskhah-naskhah yang korup, tidak lengkap atau terlalu buruk sifat fizikalnya dalam tahap menyusun teks autoritatif dan representatif. |
fabulation | fabulasi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis. |
retractor | retraktor | Perubatan | Tiada | Alat untuk menarik atau mengetepikan bahagian tisu sekeliling medan bedah semasa pembedahan. |
anti-play | antidrama | Kesusasteraan | Tiada | Karya drama yang mengetepikan konvensi tradisional, dan secara sengaja mengherot-herotkan bentuknya dengan mengabaikan plot yang nyata dan perkembangan watak. Biasanya dialog dalam antidrama tidak berurutan dan menyukarkan pemahaman maknanya Sesetengah dramatis telah menggunakan teknik antidrama ini, contohnya dramatis Theatre of the Absurd seperti Samuel Beckett dan Eugene Lonesco yang menghasilkan karya berjudul Rhinoceros. Antara dramatis di Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Dinsman dalam dramanya Ana dan Bukan Bunuh Diri. |
anti-novel | antinovel | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran. |
negative screening | penyaringan negatif | Biologi | Patologi | Penyaringan yang dilakukan dengan cara menguji dan mengetepikan atau membuang sesuatu berdasarkan ciri yang tidak baik. bd. penyaringan positif. |
informal communication | komunikasi tak formal | Pentadbiran | Tiada | Komunikasi yang mengalir dengan tidak mengira arah dan mengetepikan tahap autoriti tertentu semata-mata untuk memenuhi hasrat ahli dalam organisasi. |
payor benefit | faedah pembayar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rider atau peruntukan yang biasa dalam polisi juvenil untuk mengetepikan premium jika pembayar, selalunya ibu atau bapa, menjadi hilang upaya atau meninggal dunia ketika kanak-kanak tersebut belum dewasa. Peruntukan ini juga terdapat dalam polisi yang melindungi seseorang isteri yang premium dibayar oleh suaminya. |
suspension of disbelief | penggantungan ketidakpercayaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk empati khalayak terhadap pengarang dan karyanya. Bentuk tindak balas ini dicetuskan melalui dua proses. Pertama, kesediaan khalayak untuk mengetepikan hakikat bahawa dunia fiksyen yang ditawarkan pengarang ialah sebuah fiksyen, dan seterusnya menganggap dunia tersebut adalah benar. Kedua, kesanggupan khalayak menerima peristiwa dalam karya tersebut yang biasanya dianggap mustahil, tetapi benar-benar berlaku. Konsep ini dikemukakan oleh Coleridge dalam karyanya Biographia Literaria (1817). |