blood substitute | pengganti darah | Perubatan | Farmakologi | Bahan sintetik yang digunakan untuk menggantikan komponen darah seperti plasma, sel darah merah dan faktor pembekuan tertentu untuk merawat pesakit. Kegunaan bahan pengganti darah berbeza mengikut komponen darah tersebut. Contohnya, cecair koloid menggantikan plasma untuk meningkatkan isi padu intravaskular manakala Desmopressin Acetate menggantikan Faktor VIII dalam penyakit hemofilia A yang ringan. |
Boucherie process | proses Boucheric | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses mengawet balak bulat kecil segar secara menggantikan sap kayu dengan pengawet bawaan air, seperti kuprum sulfat dengan bantuan daya graviti. Tekanan hidrostatik memaksa pengawet meresap masuk ke dalam gubal kayu menggantikan sap kayu. Proses ini merupakan kaedah pengawetan kayu yang ringkas dan murah. |
deputize | mewakili; menggantikan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
alternative farming | perladangan alternatif | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pertanian yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan kimia secara intensif bagi penghasilan tanaman monokultur. Kaedah pertanian ini termasuklah penggunaan baja haiwan dan baja hijau bagi menggantikan baja kimia, pengawalan perosak secara bersepadu untuk menggantikan penggunaan racun perosak, dan pengurangan pembajakan. Selain itu, kaedah ini termasuk juga penggiliran tanaman (terutamanya dengan menggunakan kekacang untuk menambah nitrogen), tanaman alternatif dan kepelbagaian perusahaan ladang. |
khalfiyah | penggantian | Perniagaan Islam | Tiada | Pemberian sesuatu yang serupa dengan barang yang dimiliki oleh pihak lain. Penggantian ini terbahagi kepada dua, iaitu pertama, individu yang menggantikan individu lain seperti dalam kes pewarisan atau pusaka. Dalam kes ini, waris memperoleh harta pusaka daripada pewaris mengikut ketentuan hukum syarak secara paksaan (ijbari). Kedua, menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain seperti dalam kes ganti rugi. Dalam kes ini, individu wajib membayar ganti rugi termasuk bayaran diat atau bayaran bentuk harta yang ditentukan oleh syarak terhadap sesuatu perbuatan jenayah yang melibatkan kecederaan. |
displace | sesar | Perubatan | Tiada | 2. Menggantikan atom atau kumpulan atom di dalam sebatian kimia dengan atom atau kumpulan lain |
purging | pembersihan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Menggantikan atmosfera dalam sesuatu bejana dengan bahan lengai untuk mengelakkan pembentukan campuran boleh letup. |
deuterate | deuterat; mendeuteriumkan | Kimia | Tiada | Menggantikan atom deuterium di dalam molekul. |
prosthesis | prostesis | Perubatan | Tiada | Aplians untuk menggantikan bahagian yang telah tiada dan boleh berfungsi dari segi estetik ataupun fungsi. |
heteroatom | heteroatom | Kimia | Tiada | Atom yang menggantikan atom karbon dalam gelang aromatik hidrokarbon. |