Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1. menggunakan (mema­kan, membelanjakan, dll) hingga habis, mem­buang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk mem­biayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan cerita­nya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.bis.kan] | مڠهابيسکن

Definisi : 1 mengguna­kan (memakan, membelanjakan dll) se­suatu sehingga habis; membuang-buang (masa, tenaga dll): Gadis itu ~ sebahagian drpd wang gajinya utk membeli pakaian. 2 menyiapkan atau menyudahkan kerja dsb: Dia diberi tempoh seminggu utk ~ kerja itu. 3 menamatkan atau menyudahkan cerita dsb: Bagaimanakah cara yg baik utk ~ cerita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Seperti cebok (= gayung) dengan tempayan.

Bermaksud :

Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geobiontgeobionBiologiEkologiOrganisma yang menghabiskan sepanjang hidupnya di dalam tanah. Misalnya, setengah-setengah nematod, anelid, dan siput.
meroplanktonmeroplanktonBiologiEkologiHaiwan yang menghabiskan sebahagian daripada hidupnya sebagai plankton, kemudian sebagai nekton atau bentos.
zooparasitezooparasiteBiologiEkologiParasit yang menghabiskan seluruh masa hidupnya pada haiwan. Misalnya, Trypanosoma yang berhabitat di dalam darah tikus.
clearance salejualan perabisPentadbiranTiadaJualan untuk menghabiskan stok lama.
lap speedlaju lepSukanTiadaKepantasan perenang menghabiskan lep.
exhaustive industryperusahaan menghabisGeografiTiadaSesebuah industri yang akan menghabiskan penggunaan sesuatu sumber semula jadi, misalnya perlombongan bijih atau arang batu.
pad characteraksara padKejuruteraanTiadaAksara yang diperkenalkan untuk menghabiskan masa sementara sesuatu fungsi dilaksanakan. [KC]
catabiotickatabiotisKimiaTiadaSifat yang berkaitan dengan kemampuan untuk menghabiskan atau membuang pada sesuatu organisma.
primary hostperumah utamaBiologiEkologiPerumah yang digunakan oleh parasit untuk menghabiskan sebahagian besar daripada usia dewasanya. Misalnya, babi ialah perumah utama cacing, Ascaris suum.
clearance salejualan perabisSosiologiTiadaPenjualan barang-barang dengan harga murah kerana hendak menghabiskan barang atau stok.
12

Kembali ke atas