Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.ru.ngi] | مڠهاروڠي

Definisi : 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.ru.ngi] | مڠهاروڠي

Definisi : 1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harung
Kata Terbitan : mengharungi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
greenseaombak simbahKejuruteraanTiadaAir yang tersimbah ke atas geladak ketika sedang mengharungi lautan yang bergelora.
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Liha

Kembali ke atas