compaction | pemadatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Proses menghimpit zarah-zarah tanah bagi mengeluarkan udara daripada liang-liang supaya dapat meningkatkan ketumpatan kering tanah. Dengan menggunakan kaedah mekanik seperti menggelek dan menggetar, lapisan permukaan tanah yang dihasilkan lebih padat. |
extrusion | penyemperitan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Proses menghimpit bahan melalui satu bukaan berbentuk orifis bagi menghasilkan unsur lurus dengan kos keratan yang diperlukan. |
tourniquet | tornikuet | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menghimpit salur darah supaya pengalian darah dari atau ke tempat yang lebih distal ke/dari alat berkenaan tersekat. |
penghimpit | penghimpit | Kesenian | Tiada | Alat panjang seperti pembaris besar yang digunakan untuk menghimpit anyaman daripada bergerak. |
penindih | penindih | Kesenian | Tiada | Alat panjang seperti pembaris besar yang digunakan untuk menghimpit anyaman daripada bergerak. |
squish | skuisy | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil. |
coil spring clutch | cekam pegas gegelung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang menggunakan pegas gegelung untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga. |
diaghragm spring clutch | cekam pegas gegendang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cekam yang menggunakan pegas gegendang untuk plat tekanan menghimpit cakera geseran ke roda tenaga. |
compression gasket | gasket mampat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Gasket yang dipasangkan di keliling kepingan kaca tingkap ataupun panel dinding dengan cara menghimpit rapat kepingan kaca tersebut. |
osteopetrosis | osteopetrosis | Perubatan | Tiada | Penyakit keturunan yang jarang-jarang berlaku, yang ditandai dengan tulang yang amat padat yang mungkin diakibatkan kecacatan resorpsi zat tulang. Penyakit ini terjadi dalam dua bentuk, iaitu bentuk resesif autosom yang teruk, yang muncul pada peringkat kanak-kanak, dan bentuk dominan autosom (benigna) yang muncul pada peringkat remaja atau semasa dewasa. Bentuk resesif mungkin mengakibatkan penutupan rongga sumsum yang seterusnya mengakibatkan anemia, dan penyempitan foramen saraf pada tengkorak yang menghimpit saraf-saraf kranium, yang selanjutnya boleh menyebabkan pekak dan buta. Fraktur sering terjadi pada kedua-dua bentuk penyakit tersebut. |