Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.sah.kan] | مڠيصهکن

Definisi : menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.sah.kan] | مڠيصهکن

Definisi : meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
picaresquepikareskKesusasteraanTiadaCereka yang mengisahkan pengembaraan seseorang penjahat dalam peristiwa-peristiwa yang penuh kelucuan dan kiasan.
epicepikKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H
mythmitosKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak dapat diterima akal.
comedykomediKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengisahkan situasi lucu tentang kelemahan manusia dan kepincangan masyarakat. Komedi merupakan salah satu daripada tiga bentuk drama, selain drama tragedi dan melodrama. Bahan komedi dibahagikan kepada komedi tinggi dan komedi rendah. Komedi tinggi mengutamakan tema yang memerlukan pemikiran dan melahirkan renungan dalam ketawa. Komedi rendah pula bertujuan mencetuskan gelak ketawa melalui jenaka kasar tentang masyarakat bawahan. Jenis komedi yang lain ialah komedi idea (menegaskan idea) komedi intrigue (memperihalkan kesulitan), dan komedi moral (menegaskan perkara akhlak). Contoh drama komedi ialah Raja Lawak oleh Zakaria Ariffin. Lihat juga komedi baru, komedi lama, komedi muzikal, komedi pahit, komedi romantik, komedi satira, komedi sentimental.
Goliardic versepuisi GoliardisKesusasteraanTiadaPuisi yang mengisahkan pertentangan terhadap pihak gereja dan pujian mengenai percintaan dan minuman.
apprenticeship novelnovel aprentisKesusasteraanTiadaNovel yang mengisahkan zaman remaja dan peringkat awal kedewasaan seorang protagonis yang peka tentang sifat atau keadaan alam dan mencari makna dan bentuknya.
contemporary filmfilem mutakhirKomunikasiTiadaFilem yang mengisahkan tentang peristiwa semasa yang berlaku pada zaman filem itu diterbitkan.
home dramadrama keluargaKomunikasiTiadaDrama yang mengisahkan kehidupan sesebuah keluarga. Drama ini memaparkan persoalan tentang cabaran dan masalah dalaman yang dihadapi oleh ahli keluarga tersebut.
1234567

Kembali ke atas