Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.klik] | مڠکليک

Definisi : menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau utk melakukan fungsi tertentu yg dikehendaki: Anda perlu ~ “OK” utk meneruskan pencarian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengklik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
image mappeta imejTeknologi MaklumatTiadaImej grafik dalam laman web yang membolehkan pengguna mengklik pada bahagian imej yang telah dipautkan ke laman web tertentu. Contohnya sekiranya pengguna menggunakan imej anatomi manusia , apabila pengguna mengklik bahagian jantu
image mappeta imejTeknologi MaklumatTiadaImej grafik dalam laman web yang membolehkan pengguna mengklik pada bahagian imej yang telah dipautkan ke laman web tertentu. Contohnya sekiranya pengguna menggunakan imej anatomi manusia , apabila pengguna mengklik bahagian jantu
navigationpengemudianTeknologi MaklumatTiadaPelayaran atau proses mencari maklumat dalam tapak web dengan mengklik hiperpautan yang akan membawa pengguna dari satu laman ke satu laman yang lain. Sambil mengemudi, pengguna mungkin berpindah dari satu komputer ke satu komputer lain atau dari satu pelayan ke satu pelayan lain tanpa disedari.
browselayarTeknologi MaklumatTiadaProses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin.
CTR (click through rate)CTR (kadar klikan)Teknologi MaklumatTiadaPeratusan bilangan pelayar satu laman web yang mengklik sesuatu sepanduk iklan yang menyebabkan laman web pengiklanan tersebut dipaparkan.
hypertexthiperteksTeknologi MaklumatPerisianTeks yang digunakan untuk merujuk kepada pautan maklumat yang lain. Contohnya, apabila pengguna mengklik pada hiperteks, beberapa reaksi boleh dilihat seperti tetingkap definisi dipaparkan, laman web yang berkaitan dimuatkan, klip video dimainkan atau suatu aplikasi dibuka.
CPA (cost per action)CPA (kos per tindakan)Teknologi MaklumatTiadaKos bagi suatu tindakan pengguna atau pelayar yang mengklik sesuatu iklan dalam laman web. Tindakan ini mungkin berbentuk mengisi dan menghantar borang, membeli barangan, memasuki pertandingan, menjadi responden soal selidik dan seumpamanya.
pop-up boxkotak timbulTeknologi MaklumatTiadaKotak ini muncul apabila pengguna menekan kekunci khas pada papan kekunci atau mengklik butang sekunder tetikus. Kotak ini akan hilang apabila pengguna klik pada salah satu pilihan atau klik di luar kotak timbul ini. Biasanya kandungan kotak ini adalah menu atau penerangan.
program iconikon atur caraTeknologi MaklumatTiadaIkon yang mewakili suatu perisian atau atur cara komputer pada skrin komputer. Pengguna akan mengklik ikon ini untuk memulakan program. Setiap ikon atur cara adalah unik dari segi bentuk dan grafiknya. Ikon diperkenalkan oleh Macintosh pada 1984.
iconikonTeknologi MaklumatPerisianObjek grafik yang biasanya digunakan untuk mewakili perisian atau jenis fail dalam komputer. Ikon sering diletakkan pada menu bar atau paparan supaya arahan untuk menjalankan aplikasi atau membuka fail boleh dilakukan dengan mengklik pada tetikus. Ikon berguna dalam aplikasi yang menggunakan tetingkap kerana pengguna boleh mengecilkan tetingkap tersebut sehingga ikon kecil akan kelihatan pada menu bar. Rajah di bawah menunjukkan contoh ikon Recycle Bin. Rajah 2: Recycle Bin
12

Kembali ke atas