Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia spe-ciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau meĀ­miliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Morinda citrifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mengkudumengkuduPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Morinda spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bengkulu. Spesies utamanya termasuk Morinda citrifolia dan M. elliptica. Gubal kayu mengkudu berwarna kuning kehijauan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna merah tua. Tekstur kayunya sederhana halus dan sekata, dengan ira yang agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat.
lalang treemengkudu kecilPertanianTiadaTiada
madder redmerah mengkuduKesenianTiadaTiada
kadengkadengKesenianTiadaProses mewarnakan bahan-bahan anyaman seperti bilah rotan, buluh, bemban dan sebagainya, dengan mencelupkannya ke dalam pewarna asli seperti mengkudu.
kareng (Kay.)kareng (Kay.)KesenianTiadaProses mewarnakan bahan-bahan anyaman seperti bilah rotan, buluh, bemban dan sebagainya, dengan mencelupkannya ke dalam pewarna asli seperti mengkudu.
bengkudu Mur.bengkudu Mur.KesenianTiadaTumbuhan yang akarnya digunakan untuk menghasilkan warna merah bagi mewarna rotan. Nama saintifiknya ialah Morinda citrifolia dan sinonimnya ialah mengkudu.
ethnobotanyetnobotaniHerbaFitokimiaBidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, pokok mengkudu (Morinda citrifolia) asalnya digunakan oleh masyarakat di kepulauan Jawa untuk menghasilkan pewarna merah bagi mewarnakan kain batik. Pokok ini mengandungi sebatian berwarna merah alizarin yang kini telah pun dihasilkan secara sintetik.

Kembali ke atas