Latihan kakitangan yang dilakukan oleh sesuatu syarikat atau pertubuhan secara sesama mereka tanpa mengganggotai organisasi atau pusat latihan lain. Ia bagaimanapun boleh dilakukan dengan menjemput jurulatih dari luar yang profesional bagi menjalankan bengkel atau latihan tersebut. Latihan ini boleh bersifat latihan peningkatan motivasi mahupun yang dirangka khas untuk program, bahagian, pengkhususan atau kumpulan tertentu. Jurulatih biasanya boleh merangka sesuatu latihan menurut jadual, kehendak dan syarat majikan.Pada masa yang sama pelatih boleh mengongsi maklumat dan masalah di tempat kerja dengan jurulatih dan input seperti ini memberi kesan baik kepada majikan. Kebanyakan bank dalam negara ini telah melaksanakan latihan dalaman untuk menjimatkan perbelanjaan dan memberi kemudahan pengangkutan kepada pekerjanya.
Thanks for clicking. That felt good.