Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bah.kan] | مڠوبهکن

Definisi : menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengubahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cathode ray tubetiub sinar katodKimiaTiadaTiub elektron yang dapat mengubahkan isyarat elektrik kepada kesan yang dapat dilihat di atas tabir.
fuel cellsel bahan apiKimiaTiadaSel untuk menghasilkan keelektrikan secara pengoksidaan bahan api, dengan itu mengubahkan tenaga kimia secara langsung kepada tenaga elektrik.
radial motiongerakan jejarianMatematikTiadaGerakan yang betul-betul mengarah ke bumi atau betul-betul berundur dari bumi, bintang tidak mengubahkan kedudukan ketaranya di langit juga disebut sebagai dalam garis penglihatan.
extractive distillationpenyulingan ekstrakanKimiaTiadaSejenis penyulingan yang melibatkan penggunaan turus pemeringkatan, dan dicirikan dengan menggunakan bahan yang ditambah secara sengaja untuk mengubahkan ciri pengewapan bahan yang hendak diasingkan, supaya pengasingan menjadi lebih mudah.
pepsinpepsinKimiaBiokimiaEnzim cernaan rembesan gaster yang larut di dalam air, tidak larut di dalam alkohol, kloroform dan eter, tidak berbau, dan dapat mengubahkan protein kepada albumosa dan pepton. Enzim ini digunakan dalam bidang perubatan dan sebagai pengganti renet dalam pembuatan keju.
Red, Green, Blue (RGB) beamalur Merah, Hijau, Biru (RGB)Teknologi MaklumatTiadaTiga alur warna asas yang digunakan dalam pemprosesan video warna. Video warna dijana dengan mengubahkan keamatan pada dot merah, hijau dan biru. Contohnya, jika ketiga-tiga warna berkeamatan tinggi warna putih dihasilkan.
bank-cavingruntuhan tebingGeografiTiadaProses hakisan bawah tebing oleh aliran air di bahagian luar alur sungai atau bahagian cembung alur sungai mengakibatkan bahan tebing runtuh ke dalam sungai. Proses runtuhan tebing boleh mengubahkan pola alur sungai melalui masa.
chromatophorekromatoforBiologiHistologi dan Sitologi1. Plastid haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang berwarna, biasanya terdapat pada lapisan luar (kulit). 2. Lamela bak piring bergaris pusat kira-kira 50 mm yang mengandungi pigmen fotosintesis. Beribu-ribu kromatofor didapati terselerak di dalam sel bakteria fotosistesis. Struktur kromatofor ini sama dengan struktur kloroplas pada tumbuh-tumbuhan tinggi. 3. Sel di dalam sitoplasma yang mengandungi pigmen dan apabila mendapat kawalan sistem saraf simpati boleh mengubah bentuknya dan menghasilkan perubahan warna haiwan. Contohnya, bengkarung dan katak akan menukarkan warna kulitnya dengan mengubahkan kepekatan atan taburan pigmen di dalam selnya. Kromatofor haiwan dikenali sebagai melanofor, iridifor dan xantofor.

Kembali ke atas