bis (F) | bis | Kesenian | Tiada | 1. Istilah lain untuk encore. 2. Arahan mengulang sesuatu bahagian. |
repeatability | keterulangan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kebolehan peranti atau alat untuk kembali ke bacaan yang sama selepas jangka masa tertentu.,2. Keupayaan alat untuk mengulang bacaan-bacaannya yang diambil apabila memesongkan penunjuk ke atas, dibandingkan dengan apabila memesongkan penunjuk ke bawah, diungkapkan sebagai peratusan pesongan skala penuh.,3. Keupayaan pemindah aruh untuk menghasilkan semula bacaan keluaran apabila nilai diukur yang sama dikenakan kepadanya secara berturut-turut, di arah yang sama.,4. Kepersisan apabila penderia memberikan keluaran atau nilai yang sama bagi ukuran suhu yang berulang-ulang. |
repeater | pengulang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang menghantar apa yang diterimanya, tetapi dalam bentuk yang terkuat atau terimbuh.,2. Perpuluhan yang, selepas ketika tertentu, nombor atau suatu set nombor diulang secara tak terhingga, dengan tanda bintik ditulis di atas nombor yang berulang, misalnya 0.3 = 0.3333....Sinonim: perpuluhan berulang.,3. Penunjuk yang memaparkan maklumat yang sama seperti yang dipaparkan pad penunjuk induk. Sinonim: penunjuk jauh.,4. Pengubah nisbah-uniti untuk memisahkan litar-litar telefon, dengan belitan-belitan terimbang ke bumi. Sinonim: gegelung mengulang. |
control abstraction | pengabstrakan kawalan | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu. |