Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuntum1 (kata nama)
1. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan kudup, kudu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gadis sunti

Kata Terbitan : menguntum, menguntumkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
facial feedbackmaklum balas mukaPsikologiPsikologi UmumMalumat tentang kedudukan otot muka yang dihantar melalui saraf kranium muka ke otak tentang emosi yang dilahirkan. Contohnya, otot muka individu yang menguntum senyum akan dibawa ke otak oleh saraf kranium muka yang boleh diinterpretasikan sebagai sedang bergembira, sebaliknya individu yang menggertap gigi akan dibawa ke otak untuk diinterpretasikan sebagai seseorang yang sedang marah. Maklum balas muka boleh mempengaruhi keadaan emosi yang boleh menjejaskan niat seseorang untuk bertindak secara berlainan. Contohnya, individu yang bersedih, ototnya akan turut terlibat sehingga apabila disuruh senyum individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk senyum dengan sempurna. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan ceria, sebarang perkara yang melucukan akan membuatkan individu itu lebih mudah untuk ketawa.

Kembali ke atas