Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
light levelaras cahayaKejuruteraanTiadacahaya yang menimpa sesuatu objek.
الضرر المادىkerugian bendaAgama IslamFiqhKerugian yang menimpa harta benda.
photoglow tubetiub fotokilauKejuruteraanTiadaTiub yang kepekaannya bertambah apabila sinaran menimpa katod.
fidgetyresah gelisahPerubatanTiadaKeadaan gelisah dan terkinja-kinja yang biasanya menimpa pesakit psikiatri.
alarmgemparSejarahSejarah MalaysiaKetakutan dan kegemparan yang disebabkan oleh sesuatu yang berbahaya yang bakal menimpa.
particle flux densityketumpatan fluks zarahFizikAtom dan NuklearBilangan zarah dalam sela masa tertentu yang menimpa suatu permukaan sfera kecil berpusat pada suatu titik yang ditetapkan, dibahagi dengan luas keratan rentas sfera dan sela masa. Kuantiti ini bersamaan dengan hasil darab ketumpatan zarah dan purata kelajuan zarah.
spectral emittanceemitans spektrumFizikOptikNisbah antara fluks sinaran yang dipancarkan dari suatu permukaan dengan fluks asal yang menimpa permukaan tersebut bagi panjang gelombang tertentu.
accident bookbuku kemalanganPentadbiranTiadaBuku catatan yang disimpan oleh sesebuah organisasi ataupun majikan yang mencatatkan segala kemalangan yang menimpa pekerja semasa bertugas dalam organisasi berkenaan.
neutron albedoalbedo neutronFizikAtom dan NuklearNeutron yang dipancarkan keluar daripada permukaan planet. Neutron ini terhasil melalui tindak balas nuklear daripada sinaran kosmik yang menimpa lapisan nipis atmosfera planet, seperti yang berlaku di planet Marikh.
pair spectrometerspektrometer pasanganFizikAtom dan NuklearAlat yang digunakan untuk mengukur spektrum sinar gama atau foton bertenaga tinggi dengan cara sinar gama tersebut menghasilkan pasangan elektron-positron apabila menimpa permukaan pengesan yang dibuat daripada bahan tertentu. Tenaga daripada pasangan zarah ini diukur dengan cara tertentu bergantung kepada sistem alat yang digunakan.
12

Kembali ke atas