abduction | pengabdukan | Biologi | Fisiologi | 1. Pergerakan lateral anggota badan menjauhi (menentang arah) satah median badan. 2. Pergerakan anggota-anggota badan menjauhi garis aksial. 3. Putaran mata menjauhi (menentang arah) satah median. |
topotaxis | topotaksis | Biologi | Ekologi | Orientasi yang diikuti oleh pergerakan menuju atau menjauhi sesuatu rangsangan. Misalnya, gerak balas topotaksis pada protozoa yang menuju kepada cahaya serta makanan, tetapi menjauhi haba. |
aerotaxis | aerotaksis | Biologi | Ekologi | Pergerakan mikroorganisma yang menuju ke kawasan yang beroksigen (aerotaksis positif), atau menjauhi kawasan tersebut (aerotaksis negatif). Misalnya, bakteria aerob bergerak ke kawasan beroksigen, manakala bakteria anaerob akan menjauhi kawasan beroksigen. |
centrifugal | empar | Mekanik | Gunaan | Cenderung untuk bergerak menjauhi sesuatu pusat. Lihat juga daya empar. |
tropism | tropisme | Biologi | Fisiologi | Pergerakan pertumbuhan yang menuju atau menjauhi sumber rangsangan. |
anticyclone | antisiklon | Perikanan | Tiada | Taburan tekanan atmosfera yang meningkat menjauhi pusat atmosfera tersebut. Antisiklon menyumbang kepada keadaan cuaca yang baik. Walau bagaimanapun, keadaan awan yang tebal kadangkala boleh berlaku pada musim sejuk. |
radial velocity | halaju jejari | Kejuruteraan | Tiada | Halaju jasad selestial mendekati atau menjauhi bumi. Sinonim: halaju garis nampak. |
primary movement | gerak primer | Komunikasi | Tiada | Pergerakan kamera yang mendekati atau menjauhi subjek semasa penggambaran. |
hydrophobic | hidrofobik | Kejuruteraan | Polimer | Sifat organik salah satu hujung rantai yang menjauhi air seperti dalam sistem molekul sabun. |
disease gradient | kecerunan penyakit | Biologi | Patologi | Perubahan keberlakuan penyakit atau keparahan penyakit, menjauhi pusat jangkitan yang ditunjukkan secara matematik. Semakin jauh daripada pusat jangkitan, semakin kurang keparahan atau keberlakuan penyakit. |