accent colour | warna menonjol | Kesenian | Tiada | Warna yang menonjol daripada warna-warna yang lain. |
omphalocele | omfalosele | Perubatan | Tiada | Bonjolan pada pusat, pada waktu dilahirkan, akibat sebahagian daripada usus menonjol melalui kecacatan pada dinding abdomen. Usus yang menonjol itu hanya dilapisi dengan selaput nipis yang terdiri daripada amnion dan peritoneum. Sin: hernia umbilikus |
jugal lobe | lobus jugum | Biologi | Entomologi | 1. Kawasan kepak depan yang menonjol ke belakang dan bersentuh dengan kepak belakang. kawasan jugum, fibula. 2. Kepingan kecil yang menonjol di pangkal pinggir posterior kepak depan pada sesetengah serangga Lepidoptera dan Trichoptera. |
emergent storey | tingkat menonjol | Perhutanan | Tiada | Tiada |
salient pole | kutub menonjol | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
salient instrument | alatan menonjol | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
tongue thrust | lidah menonjol | Pergigian | Tiada | Tabiat mengeluarkan lidah sewaktu proses menelan. Tabiat ini menyebabkan gigitan terbuka anterior akibat daya yang dikenakan oleh lidah ke permukaan palatal gigi anterior maksila. Tabiat ini boleh diatasi dengan memakai aplians arkus lingual berkrib mandibel atau aplians pemegang palatal berpagar. Aplians ini menghalang pesakit menonjolkan lidahnya, di samping melatih lidah berfungsi dengan betul semasa menelan. |
significant weather | cuaca menonjol | Sains | Hidrometeorologi | Cuaca yang merangkumi fenomena seperti ribut petir, ribut tropika, badai jajar sangat kencang, hujan batu, golakan sederhana atau kencang, pengaisan sederhana atau kuat pada kapal terbang, gelombong gunung yang nyata, ribut pasir atau ribut habuk yang meluas dan hujan membeku. |
significant wave | Gelombang menonjol | Sains | Hidrometeorologi | Gelombang rekaan yang dalam ramalan gelombang lautan ketinggian dan tempohnya sama dengan ketinggian purata bahagian pertiga tertinggi gelombang sebenar yang melintasi suatu titik tetap. |
salient pole | kutub menonjol | Teknik | Elektrik | Kutub yang dipasang pada angker, berbentuk seolah-olah tertonjol seakan-akan roda tenaga, dan biasanya digunakan sebagai pemutar mesin arus terus. |