Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mensasarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
human genome projectprojek genom manusiaBioinformatikBioinformatik MolekulKerjasama penyelidikan peringkat antarabangsa yang mensasarkan untuk mencirikan pasangan bes yang membentuk DNA manusia serta untuk mengenal pasti dan memetakan kesemua gen dalam genom manusia daripada kedua-dua aspek fizikal dan kefungsian.
prodrugprodrugFarmasiBioteknologi FarmasiDrug dalam bentuk tidak aktif yang diubah menjadi aktif di dalam tubuh melalui proses tertentu, seperti metabolisme. Prodrug digunakan untuk meningkatkan bioperolehan drug atau mensasarkan drug pada tapak tindakan khusus, seperti otak. Contoh prodrug ialah L-DOPA yang boleh merentasi rintangan darah-otak dan kemudian diubah menjadi dopamina oleh enzim dopa dekarboksilase dalam otak.
disassemblerpenyahhimpunTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang menterjemahkan bahasa mesin kepada bahasa himpunan. Atur cara ini merupakan operasi kebalikan bagi penghimpun. Atur cara ini juga berbeza daripada penyahkompil yang mensasarkan bahasa peringkat tinggi berbanding bahasa himpunan. Output daripada penyahhimpun biasanya dalam format kebolehbacaan pengguna. Atur cara ini boleh digunakan sebagai peralatan kejuruteraan berbalik. Lihat juga penghimpun.
proportionality principleprinsip perkadaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menurut prinsip perkadaran, sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan yang mungkin dialami oleh penduduk awam seharusnya mempunyai kadar yang minimum sifatnya dan tidak berlebihan semasa melakukan serangan terhadap sasaran tentera. Tentera hendaklah mempertimbangkan semua pilihan apabila membuat keputusan mensasarkan, seperti mengesahkan sasaran, memilih masa, memilih senjata, dan amaran dan pemindahan penduduk awam.
mistake of factkesilapan faktaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah.
mistake of lawkesilapan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai perkara yang melibatkan isu undangundang. Di kebanyakan negara, kesilapan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan atau pembelaan oleh tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan undang-undang juga boleh dirujuk sebagai kesilapan seseorang untuk memahami bagaimana sesuatu undangundang terpakai kepada tindakannya yang dibicarakan di mahkamah. Contohnya, seorang penempur yang hanya mengenali palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang pembeza, telah menembak seseorang yang memakai lambang kristal merah yang juga merupakan lambang pembeza. Dalam hal ini, penempur yang mensasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza dianggap telah melakukan jenayah. Lihat juga lambang pembeza.

Kembali ke atas