converging flight rule | aturan penerbangan menumpu | Aeroangkasa | Tiada | Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak.,Aturan yang mensyaratkan apabila berlaku penerbangan menumpu, pesawat yang berada di sebelah kanan berhak meneruskan perjalanan manakala pesawat di sebelah kiri perlu mengelak. |
التدبير | pembebasan hamba (mudabbar) | Agama Islam | Fiqh | Wasiat tuan mensyaratkan kepada hambanya iaitu kebebasannya berlaku selepas kematiannya. |
countertrade | dagangan balas | Ekonomi | Tiada | Bentuk perdagangan antarabangsa yang mensyaratkan sesebuah negara pengeksport mengimbangi semua atau sebahagian daripada nilai eksportnya dengan mengimport barang-barang dari negara pengimport. |
mufawadah sharing | perkongsian mufawadah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah. |
structured walkthrough | lintas semak berstruktur | Teknologi Maklumat | Tiada | Amalan pengaturcaraan yang mensyaratkan beberapa ahli kumpulan pengaturcaraan mengkaji semula dan mengkritik reka bentuk atur cara komputer rakan sejawat mereka. |
inan sharing | perkongsian inan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang tidak mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan dan tanggungjawab antara pihak yang berkongsi. Setiap pihak dibolehkan mempunyai modal dan tanggungjawab yang berbeza daripada rakan kongsinya. Pembahagian keuntungan ditentukan melalui persetujuan dalam akad, manakala pembahagian kerugian pula berdasarkan kadar modal yang disumbangkan. Sinonim syarikah inan. |
simultaneous equation | persamaan serentak | Matematik | Tiada | Sekumpulan persamaan yang sama-sama mensyaratkan anu yang terlibat. Misalnya, persamaan serentak x + 3y = 7 dan 2x + 5y = 10 mempunyai penyelesaian x = -5 dan y = 4. |
bai‘ wafa’ | jual beli gadai janji | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang mensyaratkan produk yang dijual ditebus oleh penjual dan dikembalikan harga asal kepada pembeli. Contohnya, pelanggan menjual barangan miliknya kepada pihak institusi kewangan pada harga tunai dan kemudian berjanji akan membelinya kembali dengan harga jual beli asal. Bai‘ wafa’ merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli bagi memenuhi keperluan masyarakat. |
haris | penjaga | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa mengawasi, mengurus dan melaksanakan suatu tindakan. Haris ialah pemegang amanah bagi penjagaan yang tidak mensyaratkan ganjaran. Contohnya, meminta rakan menjaga barangan untuk sementara waktu. Sekiranya disyaratkan ganjaran atau upah, haris bertanggungjawab menggantikan barangan yang rosak atau hilang seperti pada kes bank yang menawarkan khidmat peti simpanan keselamatan dengan dikenakan bayaran. |
khitab i’timad | surat kredit | Perniagaan Islam | Tiada | Dokumen jaminan pembayaran oleh pihak yang memperoleh surat kredit kepada penjual. Khitab i’timad biasanya dikeluarkan oleh institusi kewangan kepada pelanggan dalam urusan perdagangan antarabangsa yang mensyaratkan surat kredit sebagai kaedah pembayaran. |